Harian Metro

PGM hantar skuad terbaik Tokyo 2020

-

Kuala Lumpur: Pengerusi Persatuan Profesiona­l Golf Malaysia (PGM), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yakin Malaysia mampu menghantar skuad lengkap terbaik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, seperti empat tahun lalu di Rio.

Katanya, pihaknya sudah menghantar cadangan kepada pihak berkenaan mengenai program ke Olimpik berdasarka­n pengalaman pada temasya di Brazil empat tahun lalu yang dianggap cukup berjaya.

“Kita berjaya menghantar skuad lengkap (dua pemain lelaki dan wanita). Objektif untuk Olimpik di Tokyo adalah untuk kekal dengan mengharapk­an empat pemain berjaya melayakkan diri,” katanya pada majlis pelancaran buku tahunan PGM, di sini, semalam.

Sempena majlis itu juga, Shahriffud­din Ariffin dan Ainil Johani Bakar masing-masing diumumkan sebagai pemenang PGM Order of Merit bagi 2017.

Mengulas lanjut, Ahmad Sarji berkata, walaupun laluan untuk melayakkan diri semakin sukar, namun PGM harus mencari jalan terbaik untuk memudahkan pemain negara.

“Antara jalan terbaik ialah dengan menganjurk­an 15 peratus kejohanan Jelajah Pembanguna­n Asia (ADT). Selain itu, pemain kita juga harus mengambil bahagian di Jelajah Asia.

“Bagaimanap­un, masalah yang bakal dihadapi ialah dari segi penajaan dan dalam masa sama harus mempunyai sistem untuk mengawal selia pemain dengan melantik seorang mentor,” katanya.

Pada 2016 skuad negara diwakili Gavin Green dan Danny Chia untuk kategori lelaki, manakala Michelle Koh dan Kelly Tan pula beraksi bagi kategori wanita.

Ahmad Sarji berkata, jika permohonan perbelanja­an dari pihak berkenaan diluluskan, barulah mereka bersedia untuk melantik seseorang menjadi mentor kepada pemain negara.

“Tugas mentor adalah memberi nasihat dari segi pemakanan, disiplin dan kecergasan. Selain itu, individu berkenaan juga mampu memberi nasihat kejohanan apa yang perlu disertai oleh pemain negara bagi membolehka­n mereka berada pada landasan tepat melayakkan diri ke Olimpik,” katanya.

 ??  ?? TUN Ahmad Sarji (kiri) menyarung blazer kepada Shahriffud­din pada majlis pelancaran Buku PGM Yearbook 2017, semalam.
TUN Ahmad Sarji (kiri) menyarung blazer kepada Shahriffud­din pada majlis pelancaran Buku PGM Yearbook 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia