Harian Metro

Emas Dubai bakar semangat Bonnie

- Haika Khazi mfaizul@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kejayaan meraih emas di Dubai bulan lalu menjadi pembakar semangat bagi atlet angkat berat remaja para, Bonnie Bunyau Gustin meraih sekurang-kurangnya gangsa pada Sukan Komanwel di Australia, bulan depan.

Pada 9 Februari lalu, Bonnie, 19, bukan saja mengharumk­an nama negara pada Kejohanan Powerlifti­ng Para Dunia Fazza ke-9, malah turut berjaya mencipta rekod remaja dunia baru dengan angkatan melebihi 157 kilogram (kg).

Pada temasya di Gold Coast nanti, dia akan bertanding bagi kategori berat badan bawah 72 kilogram.

“Saya tidak mahu meletakkan sasaran terlalu tinggi kerana ini adalah kali pertama saya mewakili Malaysia ke Sukan Komanwel.

“Tambahan pula, saya dapat rasakan atlet dari Nigeria, Paul Kehinde, akan menjadi halangan utama saya menang emas selepas beliau melakukan angkatan seberat 221kg pada Kejohanan Powerlifti­ng Para Dunia Fazza ke-9.

“Bagaimanap­un, saya akan tetap melakukan yang terbaik bagi mengharumk­an nama Malaysia selain memecahkan rekod peribadi dan dunia remaja 157 kg itu nanti,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Bonnie sebelum ini berjaya mencipta rekod baharu remaja dunia para pada Kejohanan Powerlifti­ng Dunia di Mexico, 8 Disember lalu dengan angkatan 156 kg.

Dia muncul juara dengan menewaskan 13 peserta untuk meraih emas, manakala pingat perak milik Sebastian Switonski dari Poland yang melakukan angkatan 118kg manakala gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Osama Albalushi (97kg).

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia