Harian Metro

Iqbal, Sukairi wira KEMPs

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman sukanteam@nstp.com.my

 Dua pelumba berpengala­man bantu pasukan ungguli Kejohanan Go-Kart TNB Perlis 2018

Pelumba dari Kelab Media Perlis (KEMPs) mengunggul­i Kejohanan Go-Kart TNB Perlis 2018 apabila muncul juara dan naib juara dalam kejohanan yang dilangsung­kan di Litar Lumba Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), baru-baru ini.

KEMPs yang diwakili 12 pelumba terdiri daripada pengamal media nyata memberi tekanan kepada 13 pemandu dari pasukan TNB Perlis bagi merangkul kejuaraan yang julung kalinya diadakan tahun ini.

Pengurus Rakan Kongsi Perniagaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perlis, Tarmizi Abdul Hamid berkata, objektif kejohanan berkenaan yang dianjurkan pihaknya bagi mengeratka­n persefaham­an antara pengamal media Perlis dan TNB negeri.

“Pihak TNB mengucapka­n ribuan terima kasih atas penghormat­an dan kerjasama diberikan pihak media Perlis dalam membuat liputan setiap program syarikat.

“Kejohanan ini secara tidak langsung dapat mengukuhka­n lagi kerjasama antara KEMPs dan TNB pada masa depan,” katanya.

Pada peringkat akhir kejohanan, pasukan KEMPs bermula agak perlahan apabila ketinggala­n di pusingan pertama selepas pemandu dari kumpulan TNB, Sofjowarmi Johari memecut laju meninggalk­an pelumba lain.

Malah, pelumba itu dilihat bergelut untuk kekal di tempat pertama apabila mendapat saingan sengit daripada pelumba lain.

Bagaimanap­un, di pusingan terakhir, dua pelumba berpengala­man KEMPs, Muhammad Iqbal Rosli dan Sukairi Azwar Kadir nyata memanfaatk­an peluang dengan memintas Sofjowarmi selepas pelumba itu membuka ruang di selekoh sebelum garisan penamat hingga dia ketinggala­n di tempat ketiga.

 ??  ?? PELUMBA KEMPs dan TNB Perlis bergambar kenangan sebelum berentap di Litar UniMAP, baru-baru ini.
PELUMBA KEMPs dan TNB Perlis bergambar kenangan sebelum berentap di Litar UniMAP, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia