Harian Metro

SRCC Bagan Serai tunjuk belang

- Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my

Ipoh: Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti (SRCC) Bagan Serai muncul juara Liga Perak Amanjaya 2017/2018 dengan mengatasi SRCC Padang Rengas 1-0 dalam perlawanan yang berlangsun­g di padang Jalan Abdul Jalil di sini, kelmarin.

Jaringan Hamizan Rosli pada minit ke-95 membolehka­n Bagan Serai menjulang perisai Menteri Besar Perak dan meraih hadiah wang tunai RM20,000.

Perlawanan akhir itu terpaksa dilanjutka­n ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 di akhir permainan.

Walaupun SRCC Padang Rengas cuba bangkit, namun penyudah tumpul menjadi faktor menghalang kejayaan mereka, sekali gus terpaksa berpuas hati meraih naib juara dan wang tunai RM10,000.

Hadiah disampaika­n Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. SRCC Padang Rengas layak ke final selepas mengatasi Parlimen Ipoh, manakala SRCC Bagan Serai menghampak­an juara tahun lalu, Kuala Kangsar.

Sebanyak 24 pasukan terdiri daripada 24 kawasan Parlimen seluruh Perak menyertai kejohanan bawah 20 tahun itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Sharul Zaman Yahya yang menjadi tulang belakang penganjura­n kejohanan itu berpuas hati dengan mutu perlawanan kedua-dua pasukan.

Katanya, kejohanan itu mendapat pengiktira­fan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bersetuju menjadikan­nya kelayakan ke Piala FA bermula tahun ini.

Terdahulu turut diadakan perlawanan persahabat­an antara Pasukan Menteri Besar (MB) Perak menentang pasukan Media Prima yang menyaksika­n pasukan MB menumpaska­n Media Prima 5-2.

 ?? FOTO: ?? PEMAIN Bagan Serai muncul juara Kejohanan Liga Perak Amanjaya 2017/2018 selepas menewaskan pasukan Padang Rengas, baru-baru ini.
FOTO: PEMAIN Bagan Serai muncul juara Kejohanan Liga Perak Amanjaya 2017/2018 selepas menewaskan pasukan Padang Rengas, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia