Harian Metro

Wakil Sabah jagoan B-16

- Mohd Rafi Mamat sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Pemain perseorang­an Sabah, Demond Anthony Samin muncul juara kategori lelaki B-16 tahun selepas menewaskan Lye Jup Yew dari Perak 22-20, 21-11 pada Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Zon A di Dewan Badminton Persatuan Badminton Pahang (PBP), di sini, kelmarin.

Kejohanan pembuka tirai musim itu disertai lebih 250 pemain bersaing dalam tiga kategori iaitu B-12, 14 dan 16 tahun lelaki serta wanita mewakili lima pasukan iaitu Pahang, Sabah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Dalam acara perseorang­an wanita B-16 tahun, Arena Satu Samin yang mewakili Sabah muncul juara selepas mudah menewaskan rakan sepasukan Yap Velerry 21-15, 21-9. Seorang lagi pemain Sabah, Goh Shuen Tong muncul juara B-14 tahun menewaskan Melody Wong Jin Ning (Sabah) 21-10, 21-8.

Bagi acara persoranga­n lelaki B-14 tahun, pemain Sabah, Daniel Edry Elestly muncul juara selepas berhempas

(gambar)

pulas menewaskan rakan sepasukan, Azahawan Hanz Haiqal 21-16, 21 24.

Bagi Demond, kejayaan muncul juara menjadi pembakar semangat kepadanya untuk meneruskan kecemerlan­gan pada saingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018 di Negeri Sembilan.

Dalam acara regu lelaki B-16 tahun, juara milik pasangan Rayner Beh Chun Meng dan Goh Boon Zhe (Pulau Pinang) yang menewaskan Lai Jia Qing dan Virayut Som Mat (Perlis) 21-13, 19-21 dan 21-12.

Majlis penyampaia­n hadiah dilakukan Presiden PBP Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah. Selepas ini semua pemain akan bersaing di pusingan kedua di Sabah pada Mei depan sebelum mengakhiri saingan sirkit remaja kebangsaan di Kuala Lumpur pada Ogos.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia