Harian Metro

Del Potro ‘hadiah’ kekalahan pertama Federer

-

Indian Wells, Amerika Syarikat: Bekas juara Terbuka Amerika Syarikat, Juan Martin Del Potro mengejutka­n Roger Federer 6-4, 6-7 (8/10), 7-6 (7/2) awal pagi tadi utuk menjulang gelaran Indian Wells pertama dan ATP kedua berturut-turut.

Pemain Argentina berusia 29 tahun itu memberikan Federer kekalahan pertamanya pada 2018 dan melebarkan catatan kemenangan­nya kepada 11 perlawanan termasuk ketika menjuarai gelaran awal bulan ini di Acapulco.

“Saya masih menggeleta­r,” kata Del Potro. “Sukar dijelaskan dengan kata-kata. Ia bagaikan mimpi.”

Del Potro yang dibebani kecederaan pergelanga­n tangan sepanjang kariernya, berjaya mengatasi tiga mata perlawanan sebelum meraih kemenangan pada aksi pematah seri, untuk menamatkan aksi selama dua jam 42 minit.

“Selepas semua masalah dan pembedahan yang dilalui, saya tidak percaya dapat menjuarai Masters 1000 dan menewaskan Roger. Ia menakjubka­n,” kata Del Potro.

Del Potro mula bertanding di Indian Wells sejak 2013, apabila tewas kepada pemain Sepanyol Rafael Nadal.

Ia kemenangan ketujuh Del Potro ke atas Federer dalam 25 pertemuan mereka.

“Saya sentiasa bermain dengan baik ketika berdepan dengannya. Saya menang beberapa perlawanan akhir dan tewas beberapa perlawanan akhir. Pada akhirnya saya bernasib baik kerana menang. Kami bermain dengan baik,” kata Del Potro.

Del Potro, pemain nombor lapan dunia kembali ke ranking 10 teratas selepas jatuh ke tangga ke 1,045 sebelum kembali beraksi susulan tiga pembedahan pergelanga­n tangan kiri pada 2016.

“Ia pastinya menyakitka­n,” kata Federer. “Persoalann­ya berapa lama? Memang mengecewak­an apabila bercakap mengenai perlawanan sehebat ini dan kemudianny­a kalah.”

Semetara itu, pemain tenis Jepun, Naomi Osaka meraih gelaran pertamanya dengan kemenangan 6-3 6-2 ke atas pemain Russia, Daria Kasatkina dalam pertarunga­n membabitka­n dua pemain berusia 20 tahun.

Pemain bukan pilihan berketurun­an Haiti-Jepun menjadi juara termuda Indian Wells selepas kejayaan Ana Ivanovic sedekad lalu. Dia hanya tewas satu set dalam kejohanan itu.

Naomi menewaskan Maria Sharapova, pilihan kelima, Karolina Pliskova dan kemudianny­a pemain nombor satu dunia, Simona Halep pada separuh akhir untuk melangkah menuju kejuaraan. - AFP

 ??  ?? Del Potro mengucup trofi
Indian Wells selepas menumpaska­n Federer.
Del Potro mengucup trofi Indian Wells selepas menumpaska­n Federer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia