Harian Metro

Menang dramatik

- AFP

 Dovizioso yang bermula di petak kelima pintas Marquez di pusingan terakhir

Pelumba Itali, Andrea Dovizioso memenangi perlumbaan pembuka tirai musim MotoGP Qatar yang penuh dramatik awal pagi semalam mengatasi cabaran pusingan terakhir daripada juara dunia Marc Marquez.

Dovizioso merampas semula kedudukan pendahulu pada selekoh terakhir perlumbaan malam 22 pusingan itu untuk mencatat kemenangan bermakna di litar yang mana dia berakhir sebagai naib juara dalam tiga tahun terakhir.

Juara dunia sembilan kali Valentino Rossi menduduki tangga ketiga bersama jentera Yamaha.

Dovizioso merampas kedudukan pendahulu dengan berbaki lima pusingan daripada pendahulu Johann Zarco dari Perancis yang bermula di petak pertama.

Penunggang

Itali itu menanga- ni cabaran pelumba Honda, Marquez hinggalah drama pusingan terakhir, sebelum memecut melepasi garisan penamat dan 25 mata pertamanya musim ini.

“Ia perlumbaan sempurna, hujung minggu yang sempurna,” kata Dovizioso. “Kami bekerja dengan amat bagus.”

Pelumba Itali itu mempamerka­n persembaha­n baik ketika latihan dan kelayakan, namun mengejutka­n dia hanya bermula di petak kelima grid.

Lebih buruk, permulaan teruk dengan jentera Ducati bermakna Dovizioso ketinggala­n ketika per- mulaan sebelum dia mampu mengejar pendahulu.

“Ia jelas permulaan buruk tapi saya bertenang, saya bangkit secara perlahan dan menyelamat­kan tayar daripada haus. Saya mampu mengejar pada hujungnya, sekalipun tayar saya haus.”

Marquez dari Sepanyol berkata, dia cuba menekan Dovizioso ‘100 peratus’.

“Pertama sekali, saya amat gembira berakhir di tangga kedua di litar ini, ia satu daripada litar paling sukar,” kata Marquez.

“Hari ini, dia berhak menang, dia lebih pantas berbanding saya, tapi sasaran saya cuba untuk mengawalny­a.”

Ia kali ketiga Dovizioso mengalahka­n Marquez pada selekoh terakhir perlumbaan. Perlumbaan berikutnya berlangsun­g di Argentina pada 8

April depan. Miami, Amerika Syarikat: Rory McIlroy menamatkan kemarau kejuaraan selama 18 bulan dalam Jelajah PGA AS dengan penuh sensasi awal pagi semalam dengan lima birdie dalam enam lubang terakhir untuk memenangi kejohanan Jemputan Arnold Palmer.

McIlroy, juara empat kejuaraan utama, mengatasi pemain Amerika Syarikat, Bryson DeChambeau

(gambar)

 ??  ?? AKSI DOVIZIOSO membawa bendera selepas tamat perlumbaan. DOVIZIOSO memintas Zarco (belakang).
AKSI DOVIZIOSO membawa bendera selepas tamat perlumbaan. DOVIZIOSO memintas Zarco (belakang).
 ??  ?? DARI kiri, Marquez, Dovizioso dan Rossi bersama trofi masing-masing.
DARI kiri, Marquez, Dovizioso dan Rossi bersama trofi masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia