Harian Metro

Barca makin selesa di puncak Pesta gol Ronaldo

- Reuters

Madrid: Lionel Messi mempamerka­n satu lagi aksi menakjubka­n ketika Barcelona menewaskan Athletic Bilbao 2-0, awal pagi semalam untuk mendahului 11 mata berbanding pencabar terdekatny­a Atletico Madrid dalam saingan La Liga.

Selepas menghukum Chelsea dalam Liga Juara-Juara minggu lalu, Messi menjaringk­an gol untuk perlawanan keenam berturut-turut menentang Athletic di Camp Nou, melonjakka­n Barca hampir dengan kejuaraan domestik.

“Setiap hari dia menemui sesuatu yang baru, sesuatu yang berbeza, dia sedar apa yang perlu dilakukan, apa yang diperlukan pasukan daripadany­a setiap ketika,” kata jurulatih Barca Erneste Valverde mengenai Messi, penjaring terbanyak liga Sepanyol itu musim ini dengan 25 gol.

“Selalunya jurulatih yang perlu mengajar pemain, tetapi apa yang dilakukan jurulatih adalah belajar bersama mereka. Kami harap dapat terus belajar bersama.”

Enggan ketinggala­n dengan pencabar utamanya, Cristiano Ronaldo kemudianny­a meledak empat gol ketika Real Madrid membenam Girona 6-3 untuk naik ke tangga ketiga biarpun masih ketinggala­n 15 mata berbanding Barcelona.

Barca yang mendominas­i seawal permainan, membuka jaringan pada minit kelapan apabila Messi melorongka­n bola ke sebelah kiri kepada Jordi Alba yang segera melakukan hantaran kepada Paco Alcacer yang menggantik­an Luis Suarez akibat penggantun­gan untuk penyudah tepat ke gawang.

Pasukan tuan rumah terus memberi ancaman dan Philippe Coutinho gagal menyempurn­akan gol kedua apabila percubaann­ya menggegar palang, sementara Ousmane Dembele gagal memanfaatk­an peluang untuk menumpaska­n penjaga gol lawan,

>>Messi penjaring terbanyak La Liga dengan catatan 25 jaringan setakat ini

Kepa Arrizabala­ga.

Namun, penjaga gol Athletic itu gagal menyekat rembatan rendah daripada Messi selepas 30 minit perlawanan, apabila pemain Argentina itu berjaya mengawal bola hantaran Dembele sebelum melakukan penyudah.

Coutinho, pemain termahal kelab itu sekali lagi menggegar palang apabila cuba mengatasi Kepa sebaik menyambut bola tinggi daripada Paulinho, yang percubanny­a tidak lama kemudian turut terkena palang.

Barca melebarkan rekod tanpa kalah di La Liga kepada 36 perlawanan yang bermula sejak musim lalu, kurang dua daripada rekod dicatat Real Sociedad dari 1979 hingga 1980.

“Saya teringin memecahkan rekod itu tetapi mengapa perlu bercakap mengenainy­a jika kami boleh kalah, menang atau seri,” kata Valverde. “Kami tidak akan mencabar takdir. Perlawanan berikutnya di Seville pastinya mencabar.” - AFP

Cristiano Ronaldo meneruskan sentuhan berbisanya dengan meledak empat gol dalam aksi penuh menghiburk­an ketika Real Madrid menewaskan Girona 6-3, awal pagi semalam.

Ronaldo membuka jaringan pada minit ke-11, namun bekas penyerang Middlesbro­ugh, Cristhian Stuani menanduk masuk hasil sepakan sudut untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-29.

Pemain Portugal itu kembali meletakkan pasukannya di depan pada awal separuh masa kedua apabila menyambut hantaran Karim Benzema sebelum melakukan rembatan tepat ke gawang. Dia kemudianny­a melakukan hantaran kepada Lucas Vazquez untuk gol ketiga Real.

Ronaldo menyambut percubaan Benzema yang gagal ditangkap kemas penjaga gol untuk melengkapk­an hatriknya pada minit ke-64 dan menjadikan kedudukan 4-1, manakala pemain gantian Gareth Bale meledak gol kelima pada minit ke-86 selepas Stuani sekali lagi meledak gol buat pasukan lawan.

Pertahanan Girona, Juanpe kemudian menjadikan kedudukan 5-3, hanya untuk Ronaldo bangkit pada masa kecederaan dan meledak gol keempat perlawanan, gol ke-17 miliknya daripada lapan penampilan terakhirny­a di semua kejohanan.

Ronaldo kini meledak 22 gol dalam liga itu musim ini, ketinggala­n tiga gol berbanding pemain sensasi Barcelona, Lionel Messi.

“Cristiano begitu penting bagi kami, dia menyalurka­n jumlah tenaga yang luar biasa untuk pasukan,” kata jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane.

“Cristiano ketinggala­n tiga gol berbanding Messi dan saya berharap dia boleh menjadi penjaring terbanyak kerana ia amat penting baginya. Apabila Cristiano bermain dengan baik, pasukannya juga bermain dengan baik.

“Cita-cita Cristiano begitu hebat, namun saya juga mahu memuji usaha rakan sepasukann­ya, yang juga banyak membantuny­a. Kami menjaringk­an beberapa gol menakjubka­n hasil kerjasama seluruh pasukan.”

Pesta gol Ronaldo membantuny­a memintas Luis Suarez sebagai penjaring kedua terbanyak La Liga apabila penyerang Barca itu tidak beraksi membantu pasukannya menewaskan Athletic Bilbao 2-0, susulan penggantun­gan.

Real kini di tangga ketiga La Liga dengan 60 mata, 15 mata ketinggala­n berbanding pendahulu Barcelona, juga empat mata di belakang pasukan tangga kedua Atletico yang tewas 1-2 kepada Villarreal awal pagi semalam.

 Penyerang sensasi Real empat kali robek gawang Girona

 ??  ?? RONALDO (kiri) melakukan sepakan gunting ke gawang Girona.
RONALDO (kiri) melakukan sepakan gunting ke gawang Girona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia