Harian Metro

Jaringan Werner kejutkan Bayern

-

Berlin: Pemain gantian Timo Werner menjaringk­an gol kemenangan babak kedua ketika RB Leipzig bangkit daripada ketinggala­n untuk mengejutka­n Bayern Munich 2-1, awal pagi semalam, sekali gus mencetus kekalahan pertama pendahulu Bundesliga itu sejak November lalu, rentetan 19 perlawanan dalam semua pertanding­an.

Ia malam bersejarah buat pasukan tangga keenam Leipzig apabila mereka menundukka­n Bayern kali pertama dalam lima percubaan.

“Leipzig rajin mengejar bola, mereka amat agresif dan menekan kami sepanjang perlawanan,” kata ketua jurulatih Bayern, Jupp Heynckes.

“Kami tidak bermain seperti beberapa minggu terakhir dan saya perlu katakan dengan jelas: Leipzig berhak menang.”

Penyerang Sandro Wagner memberikan Bayern gol awal menerusi tandukan selepas 12 minit di gelanggang Leipzig, Arena Red Bull, namun tuan rumah bangkit dengan penuh bergaya menerusi Naby Keita pada minit ke-37 dan gol kemenangan Werner pada minit ke-56.

Bayern kekal mendahului 17 mata di puncak carta dengan pertembung­an dinanti-nanti di laman sendiri menentang pasukan tangga ketiga Borussia Dortmund menyusul dua minggu lagi.

Terdahulu, gol menakjubka­n Michy Batshuayi - gol keenamnya dalam tujuh aksi

liga - membantu Dortmund menang 1-0 ke atas Hanover.

Batshuayi, yang dipinjamka­n dari Chelsea hingga Mei depan, meraih gol kemenangan dengan kemahiran individu menarik pada babak pertama.

Sesudah percubaann­ya terkena palang hanya selepas 35 saat, Batshuayi membelakan­gkan gol ketika dia menyambut sepakan sudut Andre Schuerrle dan menyepak masuk dengan tumit. - AFP

 ??  ?? WERNER jaring gol kemenangan RB Leipzig. MESSI (tengah) melepasi kawalan pemain Bilbao.
WERNER jaring gol kemenangan RB Leipzig. MESSI (tengah) melepasi kawalan pemain Bilbao.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia