Harian Metro

Harapan The Blues

- AFP

 Layak separuh akhir Piala FA Inggeris selepas atasi Leicester

Manchester United dan Tottenham akan bertembung pada separuh akhir Piala FA Inggeris yang dijangka menarik, manakala kelab bermasalah Chelsea berdepan Southampto­n pada satu lagi perlawanan di Wembley.

Terdesak untuk memenangi trofi sekali gus menyelamat­kan kempen mengecewak­an, United layak ke separuh akhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Brighton di Old Trafford, kelmarin. Tottenham menang 3-0 di Swansea untuk menempah penampilan kedua berturut-turut pada separuh akhir.

Chelsea yang tewas kepada Arsenal pada final Mei lalu mengintai peluang kembali ke perlawanan penentuan selepas menang 2-1 di Leicester City, awal pagi semalam.

Alvaro Morata menamatkan kemarau gol peribadi sejak 26 Disember lalu apabila penyerang Sepanyol itu meletakkan Chelsea di depan dengan penyudah sempurna pada minit ke-42.

Penyerang Leicester, Jamie Vardy menampan masuk dari jarak dekat pada minit ke-75 untuk memaksa perlawanan suku akhir itu berlanjuta­n ke masa tambahan.

Namun penyerang Sepanyol, Pedro Rodriguez membantu Chelsea menang pada minit ke-105 apabila dia menghukum kesilapan penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel yang gagal mengagak bola dengan baik.

Pedro merampas bola itu sebelum N’Golo Kante melakukan hantaran silang yang ditanduk masuk Pedro ke dalam pintu gol yang ternganga luas.

Kemenangan itu menghidupk­an peluang dan harapan terakhir Chelsea memenangi kejuaraan pada penamat musim yang sukar.

“Saya fikir Leicester bermain dengan amat bagus, tapi penting buat kami menang,” kata pemain tengah Chelsea, Kante.

“Ia satu-satunya kejuaraan yang kami boleh menangi musim ini dan kami perlu berjuang hingga penamat.”

Perlawanan separuh akhir akan berlangsun­g pada hujung minggu 21-22 April depan. - AFP

 ??  ?? AKSI Pedro menjaringk­an gol kedua pada saingan menentang Leicester, semalam.
AKSI Pedro menjaringk­an gol kedua pada saingan menentang Leicester, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia