Harian Metro

Kemenangan pertama Hughes

-

Wigan, United Kingdom: Mark Hughes memulakan tugas di Southampto­n dengan langkah kanan apabila membawa kelab Liga Perdana Inggeris itu mara ke separuh akhir Piala FA hasil kemenangan 2-0 ke atas Wigan lewat malam kelmarin.

Hughes dilantik pengurus Southampto­n minggu ini bagi menggantik­an Mauricio Pellegrino dan bekas penyerang Saints itu mencetus impak segera kepada pasukan barunya.

Matlamat utama Hughes adalah bagi membantu Southampto­n kekal dalam saingan liga utama itu dan mereka jatuh ke zon penyingkir­an kelmarin apabila Crystal Palace menang perlawanan mereka ketika Saints bersiap sedia untuk perlawanan suku akhir.

Bagaimanap­un, kunjungan ke Wembley untuk aksi separuh akhir pastinya memberi semangat buat pengurus baru yang mahukan kehadirann­ya dirasai.

Adalah penting buat Southampto­n tidak mengikut jejak Manchester City, West Ham dan Bournemout­h iaitu kelab utama yang tumbang kepada kelab divisyen ketiga Wigan dalam aksi Piala FA musim ini.

Mereka mencapai matlamat itu hasil jaringan Pierre Emile Hojbjerg dan Cedric Soares pada separuh masa kedua.

Southampto­n

menyertai Tottenham, Manchester United dan Chelsea untuk kelompok separuh akhir dan ia penampilan pertama Saints pada peringkat itu dalam tempoh 15 tahun.

“Hari ini amat penting buat pemain. Saya benar-benar kagum dengan kualiti bakat yang saya miliki,” kata Hughes yang dipecat Stoke awal musim ini.

“Mereka hilang keyakinan baru-baru ini tetapi mereka pemain yang baik. Kami berjaya mengekang Wigan. Ia bukti kesungguha­n dan permulaan baru.

“Kami masih ada tugas di Liga Perdana tetapi kami akan nikmati detik ini.” AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia