Harian Metro

Gugur dua pemain

- Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil tindakan terbaru dengan menggugurk­an pemain import mereka, Ferdinand Sinaga dan seorang pemain tempatan, Syafiq Ab Rahman.

Keputusan mengejut itu terpaksa dilakukan berikutan beberapa faktor yang membelengg­u kem Kelantan ketika ini, selain proses rombakan semula pasukan.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan

berkata, sebelum keputusan itu diambil, pihaknya melakukan perbincang­an dengan dua pemain terbabit sehingga kedua-dua pihak mencapai persefaham­an.

“Hasil perbincang­an dengan Ferdinand hari ini (semalam) dia bersedia untuk berundur daripada pasukan atas sebab yang tertentu,” kata Bibi Ramjani.

“Dia (Ferdinand) pemain bagus serta boleh bertolak ansur dengan kita namun memandangk­an isterinya akan bersalin dalam sebulan lagi serta beberapa perkara

(gambar)

lain lagi, kita cuba fahami.

“Untuk pembayaran gajinya, dia hanya meminta untuk bulan ini saja dan kita akan selesaikan perkara itu demi prestasiny­a yang baik di Indonesia.

“Selain itu, kita juga tamatkan kontrak Syafiq atas sebab tidak boleh didaftarka­n kerana pasukan kita sudah melebihi pemain.”

Ferdinand, pemain baru yang diikat badan induk itu musim ini hanya meledak satu gol bersama Kelantan ketika perlawanan persahabat­an menentang Kuantan FA awal musim ini.

Manakala Syafiq, yang bermain di posisi tengah, belum mendapat tempat beraksi bersama pasukan itu musim ini dan kini dilaporkan beraksi bersama pasukan di Liga FAM, Perlis secara pinjaman.

Ditanya berkenaan kemungkina­n KAFA akan merekrut pemain baru, Bibi Ramjani berkata, ia belum dapat dimuktamad­kan susulan pihaknya menghadapi sekatan perpindaha­n pemain.

“Yang ini selagi belum sampai bulan Mei, kita kena tunggu dalu kerana pertukaran pemain baru atau import ada dalam tiga denda yang bakal kita kena.

“Cuma setakat ini kita tidak tahu denda mana yang

 KAFA rombak semula pasukan, bebas Sinaga dan Syafiq

kita akan hadapi, oleh itu perpindaha­n pemain bulan Mei ini keputusann­ya bukan di tangan kita.

“Bagaimanap­un, kita sudah susuli perkara itu dengan rayuan untuk dipertimba­ngkan,” katanya.

 ??  ?? SINAGA digugurkan.
SINAGA digugurkan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia