Harian Metro

Kritikan penyokong bakar semangat Syafiq

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Kritikan segelintir penyokong yang tidak berpuas hati dengan pemilihann­ya ke dalam skuad kebangsaan tidak melemahkan semangat Syafiq Ahmad

sebaliknya disambut sebagai satu cabaran.

Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bertekad membuktika­n pilihan jurulatih, Tan Cheng Hoe sebagai tepat, sekali gus mahu membalas kepercayaa­n pengendali Harimau Malaya itu dengan prestasi terbaik.

“Saya sedar ada peminat yang mempertika­ikan pemilihan beberapa pemain termasuk saya. Tapi, saya tidak kecil hati kerana mereka berhak memberi pandangan, malah, ia membakar semangat saya.

“Apa yang lebih penting,

(gambar),

jurulatih mempercaya­i kemampuan saya. Sebagai pemain, tugas saya sekarang adalah memberikan persembaha­n terbaik bagi membalas kepercayaa­n beliau,” kata Syafiq.

Cheng Hoe menjadi mangsa kecaman penyokong kerana dianggap memilih pemain yang tidak layak menyarung jersi Harimau Malaya dengan pemilihan lima pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Nazmi Faiz Mansor, Darren Lok, Afiq Fazail, Fazly Mazlan dan Syafiq.

Mereka mempersoal­kan bagaimana kelima-lima pemain itu yang sekadar memanaskan bangku simpanan atau mewakili JDT II yang kini menghuni tangga tercorot Liga Perdana boleh dipilih, sedangkan pemain seperti Nazirul Naim Che Hashim (Perak) dan Qayyum Marjoni Sabil (PKNS FC) yang menjadi pemain utama pasukan masing-masing disisihkan.

Kemampuan Harimau Malaya asuhan Cheng Hoe akan dapat dinilai apabila mereka turun dalam perlawanan persahabat­an menentang Mongolia di ibu negara pada 22Mac ini, disusuli perlawanan kelayakan Piala Asia bertemu Lubnan pada 27 Mac.

Sementara itu, Syafiq turut menganggap pemilihann­ya ke dalam skuad kebangsaan sebagai penebus kekecewaan selepas digugurkan oleh Datuk Ong Kim Swee daripada skuad ke kejohanan Piala AFC, Bawah 23 Tahun di China, Januari lalu.

Syafiq diketepika­n selepas gagal melaporkan diri ke kem latihan kerana menguruska­n perkahwina­nnya. Skuad remaja bimbingan Kim Swee itu melakar sejarah apabila layak ke suku akhir kejohanan berkenaan.

“Saya memang kecewa bila digugurkan kerana ingin sangat beraksi di sana memandangk­an pertama kali kita layak ke kejohanan itu. Tapi, rezeki saya rupa-rupanya bersama skuad senior. Saya tidak akan lepaskan peluang ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia