Harian Metro

‘7 hari lagi’

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

 Kenyataan Tunku Ismail cetus tanda tanya

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi mencetuska­n persoalan dengan ‘posting’ terbaru bertajuk ‘7 hari lagi’ pada akaun Facebook kelab miliknya, Johor Southern Tigers (JST), kelmarin.

Kenyataan itu membuatkan peminat kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan peminat bola sepak tempatan membanjiri ruangan komen dengan telahan masing-masing.

Ada yang berpendapa­t maksud ‘7 hari lagi’ itu adalah tempoh genap setahun Tunku Ismail menjadi Presiden FAM selepas dilantik dalam Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac lalu.

(gambar)

Ada juga pihak yang menganggap, ‘7 hari lagi’ itu adalah bermaksud hari terakhir Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjadi Presiden FAM untuk mengotakan hasratnya melepaskan jawatan.

Malah, jika mengira kepada tempoh tujuh hari itu juga adalah tempoh berlangsun­gnya Kongres Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru pada 25 Mac ini.

Dalam laporan SUKAN NSTP semalam, Kongres FMLLP itu dikatakan mungkin menjadi penentu kepada kedudukan Tunku Ismail sama ada akan kekal menerajui FAM atau meneruskan hasratnya.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi menyatakan bahawa pertemuan Exco FAM dan wakil setiap pasukan Liga

Malaysia pada kongres itu akan dijadikan medan untuk mereka menyatakan sokongan kepada Tunku Ismail.

Pada kongres itu juga bakal diadakan pemilihan pengerusi FMLLP yang kini disandang Tunku Ismail. Adakah Tunku Ismail mahu melepaskan jawatan Presiden FAM dan hanya menumpukan kepada tugas Pengerusi FMLLP saja selaras dengan objektif pengasinga­n dua organisasi itu, bakal diketahui pada 25 Mac

nanti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia