Harian Metro

Mod bayaran fleksibel mampu galak ejen daftar

-

yuran pendaftara­n tetap,” katanya ketika dihubungis­emalam.

Sebelum ini, Sukan NSTP melaporkan tiada kawalan dari segi penetapan harga dilihat menjadi punca yuran pendaftara­n untuk ejen (perantara) pemain di negara ini mencecah puluhan ribu ringgit.

Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) mengesahka­n pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menyekat ‘yuran sesuka hati’ dikenakan FAM untuk mendaftar menjadi ejen di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Windsor Paul John berkata, badan induk itu tidak boleh masuk campur dalam urusan domestik kerana peraturan membabitka­n perantara terletak di bawah bidang kuasa Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

Pada masa sama, Sadek turut menggesa Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) supaya mengambil tanggungja­wab dengan menyediaka­n garis panduan bagi mengekang lambakan ‘ejen haram’ dalam kancah bola sepak tempatan.

“FMLLP seharusnya memastikan supaya setiap pasukan yang ingin menandatan­gani pemain, mereka perlu melalui ejen berdaftar. Sebelum pemain ditandanga­ni, mereka perlu meletakkan nama ejen sebagai rujukan dalam kontrak.

“Ejen individu yang amat penting kerana mereka akan memberi khidmat nasihat dan membantu dari segi rundingan. Selaku badan pengendali liga, FMLLP perlu melaksanak­an kursus dan mengadakan ujian kepada semua ejen tempatan bagi menentukan kelayakan mereka untuk menjadi perantara.

“Sebagai liga profesiona­l, isu ini tidak seharusnya timbul kerana sedikit sebanyak ia dapat menjejaska­n kualiti dan imej liga kita apabila dicemari dengan perkara sebegini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia