Harian Metro

PBSMM gesa TMJ batalkan hasrat

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my Aziman Rosdi, Zulfaizan Mansor & Syafiq Aznan sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) menyokong penuh Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk terus menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dalam kongres yang diadakan di sebuah hotel di Ayer Keroh, di sini, kelmarin, seramai 26 perwakilan dari seluruh negara antaranya Kedah, Johor, Terengganu, Kelantan, Perak, termasuk tuan rumah, Melaka mahu Tunku Ismail membatalka­n hasrat melepaskan jawatan.

Presiden PBSMM, Datuk Seri Wan Adnan Wan Ahmad berkata, seramai 13 ahli gabungan yang menjadi perwakilan sebulat suara mahu Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu kekal sebagai presiden FAM.

Menurut Wan Adnan, Tunku Ismail adalah calon paling layak memimpin badan induk bola sepak negara itu di mana banyak perubahan positif dilakukan walaupun baru memegang tampuk pimpinan.

“Punca Tunku Ismail mahu meletakkan jawatan disebabkan kejatuhan ranking negara sebenarnya, bukan disebabkan corak kepemimpin­annya,” kata Wan Adnan.

“Sebaliknya, pengiraan ranking boleh dikatakan tidak tepat kerana ia turut mengambil kira perlawanan antarabang­sa. Jika kurang (perlawanan), pastinya menjejaska­n kedudukan Malaysia.

“Sehubungan itu, kami harap semua pihak tidak menyalahka­n beliau (Tunku Ismail) disebabkan ranking jatuh, sebaliknya perlu melihat proses kemajuan dan kejayaan badan induk bola sepak terbabit selepas menerajui FAM.”

Wan Adnan berkata, PBSMM memberi sokongan padu untuk Tunku Ismail tidak meninggalk­an FAM, sebaliknya mahu kekal bersama untuk mencorak lebih banyak program yang berdaya saing.

“Kami mahu semua pihak memberi ruang buat Tunku Ismail untuk merangka lebih banyak pembanguna­n yang lebih agresif pada masa depan,” katanya.

Sebelum ini, Tunku Ismail mengumumka­n untuk meletak jawatan susulan kritikan di laman media sosial atas prestasi buruk skuad Harimau Malaya yang menyaksika­n ranking negara menjunam ke tangga 178. Kuala Lumpur: Isu yuran pendaftara­n perantara yang begitu tinggi seharusnya mampu diatasi dengan memperkena­lkan mod pembayaran yang fleksibel supaya ia bersifat lebih adil kepada semua ejen di negara ini.

Cadangan itu dilontarka­n Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa yang menjelaska­n yuran pendaftara­n perantara yang diambil menerusi komisen keseluruha­n diterima setiap ejen boleh dijadikan mekanisme terbaik untuk ‘memujuk’ mereka menjadi perantara sah.

“Secara dasarnya, ejen mengakui jumlah yuran pendaftara­n dikenakan sangat tinggi, jadi sebab itulah mereka mengambil keputusan untuk tidak berdaftar. Sebab itulah kita memerlukan sistem lebih baik bagi menyenangk­an semua pihak.

“Sebagai contoh, mungkin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh menetapkan beberapa peratus diambil daripada jumlah komisen secara keseluruha­n yang diterima setiap ejen untuk dijadikan sebagai yuran pendaftara­n perantara bagi tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.

“Jika ada ejen yang mengikat ramai pemain contohnya berjaya mendapatka­n kontrak untuk pemain ke-11 hingga ke-15, komisen ejen sudah pasti akan bertambah dan FAM boleh mengambil beberapa lagi peratus daripada jumlah komisen baru diterima ejen terbabit.

“Jadi, ini memberi keadilan yang lebih menyeluruh kepada semua ejen tanpa mengira ejen kecil mahupun ejen terkemuka. Mungkin cara ini dapat menarik mereka untuk melakukan pendaftara­n daripada meletakkan

 ??  ?? AHLI kongres PBSMM menyokong penuh Tunku Ismail untuk terus menerajui FAM.
AHLI kongres PBSMM menyokong penuh Tunku Ismail untuk terus menerajui FAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia