Harian Metro

‘Messi Malaysia’ kembali

-

Petaling Jaya: Hampir tiga tahun menyepi dari kancah bola sepak antarabang­sa, pemain muda yang pernah digelar ‘Messi Malaysia’, Najmuddin Samat kini bersedia untuk membuat penampilan semula.

Pemain berusia 19 tahun itu dipanggil oleh jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Datuk Ong Kim Swee untuk menjalani latihan bersama skuad B-21 bermula semalam, selama 11 hari.

Ini kali pertama Najmuddin dipanggil menyertai skuad kebangsaan selepas bergelut dengan kecederaan ACL (anterior cruciate ligament) pada 2015 ketika bersama skuad Harimau Muda C.

“Kali terakhir saya bersama Harimau Muda C adalah pada 2015. Kemudian saya mengalami kecederaan ACL

(gambar)

dan kembali ke Frenz United sebelum pergi ke Melaka pula. Selepas setahun setengah di Melaka bersama skuad Piala Presiden, saya menyertai JDT II (Johor Darul Ta’zim II).

“Memang sukar untuk saya kembali akibat kecederaan, tapi saya tak sampai nak gantung but, sebab saya masih muda dan percaya peluang tetap ada, jadi saya perlahan-lahan ‘kayuh’,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan kelmarin.

Aksi Najmuddin mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan apabila kelincahan dan ketajaman sentuhan penyudahny­a hampir berjaya membantu skuad B-16 negara mara ke Piala Dunia B-17 pada 2015.

Namun, ketika gandingann­ya, R Kogileswar­an sudah bersama skuad Liga Super Pahang dan membantu skuad B-23 melakar sejarah mara ke suku akhir Kejohanan AFC di China, Januari lalu, Najmuddin jelas tercicir dan kini baru mengorak langkah.

Pemain kelahiran Melaka ini mahu berusaha memikat hati Kim Swee untuk diserapkan bersama skuad ke Kejohanan Piala Ulangtahun PSSI di Indonesia bulan depan, Sukan Asia 2018 Jakarta Palembang pada Ogos serta kelayakan Piala AFC B-22 pada 2018.

“Saya teruja apabila dipanggil Datuk Ong Kim Swee kerana banyak kejayaan dicapai pasukannya sebelum ini. Saya akan cuba yang terbaik dalam pasukan ini kerana ia bukan mudah sebab saya sudah lama tak beraksi di kejohanan antarabang­sa. Permainan kelab dan skuad kebangsaan juga berbeza,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia