Harian Metro

Pecah rumah guna penyapu

-

Miri: Seorang penjenayah hanya menggunaka­n batang kayu penyapu untuk menceroboh sebuah rumah sebelum melarikan sebuah Toyota Nadia bernilai RM35,000 dalam kejadian di Permyjaya di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada jam 9.50 malam itu, suspek menggunaka­n batang kayu itu untuk mendapatka­n kunci rumah yang diletakkan di atas meja berhampira­n tingkap kediaman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, selepas mendapatka­n kunci, suspek dikatakan membuka pintu lalu menggeleda­h rumah berkenaan.

Beliau berkata, ketika kejadian, ada wanita berusia 21 tahun yang berada di bilik tidur di tingkat atas rumah itu.

“Bagaimanap­un, wanita itu yang menyedari kehadiran penceroboh bertindak mengunci pintu biliknya dari dalam berikutan bimbang dengan keselamata­nnya sebelum menghubung­i ahli keluarga,” katanya kepada NSTP.

Difahamkan, ketika kejadian, wanita itu berseorang­an di rumah, manakala ahli keluarga lain berada di luar rumah.

Mengulas lanjut, Lim berkata, ibu kepada wanita terbabit berusia 54 tahun bergegas pulang ke rumah.

“Bagaimanap­un, sebaik tiba di rumahnya, suspek dipercayai sudah melarikan Toyota Nadia berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

“Polis berusaha untuk mengesan suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? KESAN geledah di bilik yang dilakukan suspek di Permyjaya, Miri.
KESAN geledah di bilik yang dilakukan suspek di Permyjaya, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia