Harian Metro

Si tedung bawah kereta

Remaja terkejut diserang reptilia sebelum masuk ke ruang tamu

- Recqueal Raimi nesw@nstp.com.my

“Ular tedung itu bertindak agresif dan cuba mematuk saya. Ketika itu, saya berada hanya kira-kira tiga meter (m) daripada reptilia itu,” kata Aaron Andrew, 19.

Pelajar Tingkatan Enam sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu itu berkata demikian ketika menceritak­an detik cemas selepas ular tedung selar sepanjang kira-kira empat meter ditemui di rumahnya di Kampung Lapasan dekat Telipok, di sini, semalam.

Menurut Aaron, sebelum kejadian jam 10.20 pagi itu, dia berada di luar rumah untuk mengambil barang di dalam kereta milik keluargany­a.

Katanya, sebaik tiba berhampira­n parkir, dia terkejut melihat seekor ular berwarna hitam di bawah kenderaan dan ia dilihat menyusur ke dalam rumahnya melalui pintu hadapan. “Reptilia yang menyedari kehadiran saya itu bertindak agresif dengan cuba mematuk tetapi tidak terkena.

“Ia kemudian masuk ke dalam ruang tamu rumah sebelum berselindu­ng di bawah rak kasut,” katanya kepada NSTP.

Menurutnya, dia kemudian meminta bantuan seorang saudara untuk menghubung­i Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi menangkap reptilia berkenaan.

Sementara itu, Pegawai APM Unit Tuaran, Paulina Francis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.24 pagi sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi.

“Kami kemudian menangkap ular tedung selar seberat 2.5 kilogram dengan menggunaka­n pencangkuk dan penyepit.

“Selepas ditangkap, ia kemudian dibawa ke pejabat APM Unit Tuaran untuk tindakan lanjut,” katanya

 ??  ?? ANGGOTA APM berjaya menangkap ular tedung hitam, di Kampung Lapasan dekat Telipok, di Tuaran.
ANGGOTA APM berjaya menangkap ular tedung hitam, di Kampung Lapasan dekat Telipok, di Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia