Harian Metro

Tersentak diserbu

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

 Remaja asyik berhibur terkedu premis dikunjungi polis

Tiga remaja lelaki bawah umur yang sedang asyik berhibur di sebuah kelab malam di Jalan Buangsiol, di sini, terkedu selepas premis berkenaan diserbu pihak berkuasa, awal pagi Sabtu lalu.

Pada kejadian jam 1.10 pagi, suspek berusia antara 16 hingga 18 tahun itu ditahan selepas premis itu diserbu sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superinten­dan Mohd Bukhori Saffai berkata, hasil maklumat awam dan risikan, pihaknya melakukan serbuan di pusat hiburan berkenaan.

Beliau berkata, ketika serbuan, polis menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap 14 wanita dan 12 lelaki, berusia antara 16 hingga 30-an.

“Hasil pemeriksaa­n, kita dapati tiga remaja lelaki berusia antara 16 hingga 18 tahun itu.

“Ketiga-tiganya juga didapati positif dadah methamphet­amine,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Mohd Bukhori berkata, pihaknya akan memperheba­t operasi sama dari masa ke masa bagi membantera­s aktiviti penyalahgu­naan dadah.

“Ia juga bagi mengesan premis hiburan yang melanggar peraturan termasuk membenarka­n remaja bawah umur untuk berhibur,” katanya.

 ??  ?? SEKUMPULAN remaja bawah umur yang asyik berhibur di sebuah kelab malam ditahan polis dalam serbuan.
SEKUMPULAN remaja bawah umur yang asyik berhibur di sebuah kelab malam ditahan polis dalam serbuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia