Harian Metro

Khabar gembira

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

Lebih 1,000 penyewa rumah di tiga Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini menerima khabar gembira selepas kadar sewa kediaman itu diturunkan kepada RM170 sebulan berbanding RM220 hingga RM245 sebulan sebelum ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman ketika mengumumka­n perkara itu berkata, PPR terbabit adalah di Taman Muhibbah, Taman Harmoni dan Batu Sapi.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas persetujua­n antara kerajaan negeri dan Pusat bagi membantu membantu meringanka­n beban rakyat.

“Ini adalah permintaan rakyat dan meringanka­n beban rakyat khususnya penghuni rumah PPR.

“Saya tahu rakyat senang hati kerana ada rumah dengan sewa munasabah dan kami teruskan usaha ini demi memastikan kebajikan rakyat terbela,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan PPR Taman Muhibbah, di sini, semalam.

Hadir sama isterinya Puan Sri Faridah Tussin, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Zakaria Edris dan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Datuk James Wong.

PPR Muhibbah memiliki 500 unit rumah, PPR Batu Sapi (180 unit), manakala PPR Taman Harmoni (1,000 unit).

Sementara itu, ibu kepada empat anak yang juga penghuni PPR Muhibbah, Masnah Hassan, 43, berkata, penurunan kadar sewa itu membantu mengurangk­an beban mereka keluargany­a.

“Kami hanya bergantung dengan pendapatan suami RM920 sebulan sebagai pengawal keselamata­n.

“Kos sara hidup pula semakin meningkat, manakala dua anak kami masih bersekolah.

“Kami harap selepas ini apa yang disebut Ketua Menteri untuk mencari jalan membolehka­n rumah sekarang yang disewa diubah kepada perjanjian sewa beli jadi kenyataan,” katanya.

Timbalan Pengerusi Rukun Tetangga PPR Taman Muhibbah, Idrus Abdullah, 56, pula berkata, ada 400 keluarga dengan sebahagian besar

 1,000 lega kadar sewa bulanan tiga PPR dikurangka­n

berpendapa­tan rendah perumahan itu.

Katanya, penduduk menghargai pengumuman penurunan kadar sewa rumah dan berharap kerajaan mempercepa­tkan penukaran status rumah daripada cuma disewa kepada sewa beli.

“Sebelum ini, kami bayar sewa RM220 hingga RM245 tidak termasuk bil air dan elektrik. Saya difahamkan sewa diturunkan kepada RM170 sebulan adalah termasuk bil air dan sudah tentu menggembir­akan kami,” katanya.

di

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia