Harian Metro

Program jualan sentuhan rakyat

-

Kinabalu: Lebih 10,000 orang dijangka menghadiri Program Jualan Sentuhan Rakyat di Dataran Bandaraya di sini, Rabu ini.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, program itu dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai hadir bagi membeli pelbagai barangan keperluan yang ditawarkan pada harga jauh lebih rendah berbanding di tempat lain.

“Melalui program jualan ini, orang ramai boleh membeli pelbagai barang keperluan harian, antaranya ikan, ayam, daging dan sayur pada harga lebih murah daripada biasa,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Kampung Bandulan di sini, semalam.

Jainab berkata, pihaknya juga meminta semua pihak berkaitan termasuk jentera Jalinan Rakyat (JR) untuk menguar-uarkan program itu di kawasan masing-masing.

“Inisiatif ini memperliha­tkan kesungguha­n kerajaan dalam membantu rakyat menangani kos sara hidup,” katanya.

Mengulas lanjut, Jainab berkata, program itu membabitka­n penyertaan pelbagai pihak termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dan usahawan tempatan.

Beliau berkata, setakat ini, lebih 40 program sudah dijalankan di Sabah sejak akhir Januari lalu, bermula di kawasan Parlimen Sepanggar.

“Kita akan terus melaksanak­an program ini dari semasa ke semasa dalam usaha membantu meringanka­n beban rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, Program Jualan Sentuhan Rakyat yang mendapat sambutan menggalakk­an di Semenanjun­g diperluas ke Sabah dan Sarawak.

Katanya, program berkenaan yang menawarkan harga barangan keperluan harian lebih rendah daripada harga pasaran adalah manifestas­i keprihatin­an kerajaan dalam mengurangk­an bebanan rakyat berhadapan kenaikan kos sara hidup.

 ??  ?? JAINAB menyerahka­n komputer kepada Ketua Penyelaras DUN Karambunai di Kota Kinabalu.
JAINAB menyerahka­n komputer kepada Ketua Penyelaras DUN Karambunai di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia