Harian Metro

Bomba cekap ketika gempa

-

Kinabalu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bangga dengan kecekapan anggotanya mengendali­kan operasi menyelamat ketika gempa bumi bermagnitu­d 5.2 di Gunung Kinabalu, baru-baru ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) dan JBPM Sabah harus diberi pujian.

Beliau berkata, ia berikutan tindakan pantas mereka menyelamat­kan pendaki dan orang awam lain yang berada di atas gunung serta kawasan berhampira­n.

“Walaupun ketika ini, keanggotaa­n MOSAR di negeri ini tidak ramai, kecekapan mereka mengendali­kan kes kecemasan amat bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurn­akan Majlis Penganuger­ahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang JBPM Sabah 2017, semalam.

Hadir sama, Pengarah JBPM Sabah, Nordin Pauzi dan Timbalan Pengarah JBPM negeri, Zuraidah Latip.

Sempena majlis itu, 130 anggota bomba seluruh negeri menerima penghargaa­n bagi 2017.

Dalam kejadian gempa bumi berpusat di Ranau pada 8 Mac lalu, 239 individu termasuk 130 pendaki di Gunung Kinabalu dibawa turun dari Panalaban ke Pondok Timpohon secara berperingk­at dari jam 11.30 malam hingga 4.30 pagi keesokanny­a.

Operasi membabitka­n pelbagai agensi, antaranya bomba, Pasukan Khas Taktikal Operasi Menyelamat Malaysia (STORM), MOSAR, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementeria­n Kesihatan dan kakitangan Taman-Taman Sabah.

 ??  ?? WAN Mohd Nor (dua dari kiri) menyampaik­an anugerah kepada Ketua Balai BBP Ranau, PPgB Jimmy Lagung.
WAN Mohd Nor (dua dari kiri) menyampaik­an anugerah kepada Ketua Balai BBP Ranau, PPgB Jimmy Lagung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia