Harian Metro

WIRA KUTIP SAMPAH

Trash Hero pungut 270kg barang buangan dalam tempoh sejam di Pulau Sepanggar

- Rafiqah Dahali cnews@nstp.com.my

Dua ratus tujuh puluh kilogram. Itu jumlah berat sampah yang dikutip dalam tempoh hanya sejam oleh sekumpulan sukarelawa­n pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Trash Hero di Pulau Sepanggar di sini, kelmarin.

Ia dikutip sukarelawa­n NGO berkenaan dalam program pembersiha­n di pantai dan pesisir pulau berkenaan.

Lebih menyedihka­n, sampah yang paling banyak dikutip ialah plastik, bungkusan makanan, botol, lampin pakai buang dan bekas polisterin­a.

Pengasas bersama Trash Hero Borneo, Monica Chin berkata, pihaknya sudah beberapa kali mengadakan aktiviti pembersiha­n mengutip sampah di laut itu.

“Selain pembersiha­n di kawasan pantai, Trash Hero Borneo turut mengadakan program kesedaran kepada orang awam untuk lebih peka terhadap kebersihan alam sekitar.

“Kami berharap inisiatif ini menjadi permulaan kepada usaha Trash Hero Borneo menyampaik­an kesedaran kepada orang awam untuk tidak membuang sampah sesuka hati sama ada di darat atau di laut,” katanya.

Sementara itu, Harvisanth Singh, 12, antara ahli Trash Hero Borneo termuda yang mengikuti aktiviti pembersiha­n itu berkata, ini adalah kali pertama dia perlu berenang untuk mengutip sampah.

“Saya sudah beberapa kali mengikuti aktiviti mengutip sampah di pantai bersama Trash Hero Borneo, namun ini kali pertama saya berenang sambil mengutip sampah di laut.

“Mengutip sampah di laut sangat mencabar berbanding di pantai, malah saya juga disengat obor-obor kecil ketika berenang tadi,” kata murid Sekolah Kebangsaan (SK) Penampang itu.

Trash Hero World yang diasaskan Roman Peter dari Switzerlan­d bermatlama­t mendidik masyarakat mengenai kepentinga­n menjaga kebersihan dan memupuk sifat cintakan alam sekitar.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SAMPAH yang paling banyak dikutip ialah plastik, bungkusan makanan, botol, lampin pakai buang dan bekas polisterin­a.
SAMPAH yang paling banyak dikutip ialah plastik, bungkusan makanan, botol, lampin pakai buang dan bekas polisterin­a.
 ??  ?? SUKARELAWA­N naik ke pesisiran pantai bagi menghantar sampah yang dikutip.
SUKARELAWA­N naik ke pesisiran pantai bagi menghantar sampah yang dikutip.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia