Harian Metro

SELAMAT DATANG FATIMAH AZ-ZAHRA

- Sudirman Mohd Tahir dan Najiy Jefri cnews@nstp.com.my

“Alhamdulil­lah, saya bersyukur kerana segalanya selamat. Apa yang penting proses melahirkan berjalan dengan baik malah isteri dan anak juga sihat,” kata Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, suami penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang selamat bersalin di pusat perubatan swasta di ibu kota, jam 8.17 pagi semalam.

Siti, 39, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan dan diberi nama Fatimah Az-Zahra buat sementara waktu.

Beliau juga menzahirka­n rasa syukur kerana urusan bersalin Siti dipermudah­kan Allah.

Siti juga tidak ketinggala­n merakamkan ucapan terima kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesejahter­aan dan keselamata­nnya.

“Alhamdulil­lah atas kurniaan Allah. Terima kasih di atas ucapan tahniah diberikan.

“Dengan rasa penuh rendah hati, saya dan suami ingin menzahirka­n rasa terharu dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mendoakan kami. Syukur ya Allah,” katanya.

Ucapan terima kasih Siti dikongsika­n di laman Instagram miliknya berserta sedutan video lagu Comel Pipi Merah yang dicipta khas untuk anak perempuann­ya.

Video berdurasi satu minit itu memaparkan bilik anak perempuann­ya di kediaman mereka dan bilik

 Siti Nurhaliza lahir bayi perempuan secara pembedahan

hospital yang dihias berlatarka­n rona merah jambu.

Video itu ditonton lebih 200,000 dalam masa kurang 30 minit dan mendapat lebih 60,000 likes.

Khalid turut memaklumka­n nama panggilan Fatimah Az-Zahra sempena nama anakanda Nabi Muhammad SAW.

“Untuk tempoh seminggu, sebelum nama sebenar diumumkan, kami sepakat memilih Fatimah Az-Zahra untuk bayi baru lahir ini.

“Pilihan nama sudah ada. Kami akan umumkan pada majlis yang dianjurkan nanti,” katanya.

Khalid juga berkongsi dia dan Siti teruja apabila bayi mereka dapat menyusu badan dengan mudah.

Detik manis itu dikongsi Khalid menerusi rakaman audio kepada wartawan semasa siaran langsung program Comel Pipi Merah: Sembang-Sembang di Facebook Harian Metro semalam.

 ??  ??
 ??  ?? KHALID mencium Siti Nurhaliza yang selamat melahirkan anak perempuan di pusat perubatan di ibu kota.
KHALID mencium Siti Nurhaliza yang selamat melahirkan anak perempuan di pusat perubatan di ibu kota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia