Harian Metro

MINTA TAMBAH HUKUMAN DATIN

 Mahkamah Tinggi tetapkan esok untuk dengar kes Datin dera pembantu rumah

- Murni Wan Omar murni@nstp.com.my

Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan Rabu ini untuk mendengar permohonan semakan semula hukuman dikenakan terhadap Datin Rozita Mohamad Ali, 44, yang mengaku bersalah mendera pembantu rumahnya.

Perkara itu disahkan Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor Muhamad Iskandar Ahmad ketika dihubungi media, semalam.

Terdahulu, beliau memaklumka­n notis perakuan segera difailkan semalam di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah jam 9 pagi.

Pada 15 Mac lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Mohammed Mokhzani Mokhtar memutuskan Rozita dikenakan bon berkelakua­n baik lima tahun dengan jaminan RM20,000.

Ia selepas Rozita mengaku bersalah atas kesalahan menyebabka­n kecederaan parah terhadap pembantu rumah warga Indonesia, Suyanti Sutrinso, 19.

Sebelum ini, tertuduh tidak mengaku bersalah dan mohon dibicaraka­n, bagaimanap­un menukar pengakuan selepas pertuduhan pindaan ditawarkan kepadanya.

Berdasarka­n pertuduhan pindaan, Rozita didakwa menyebabka­n kecederaan parah terhadap Suyanti dengan menggunaka­n pisau berhulu biru, mop lantai, payung, rod besi berwarna biru, alat mainan kucing dan penyangkut baju berwarna putih yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah, Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara, di sini antara jam 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016. Ia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

 ??  ??
 ?? FOTO: KHAIRUL AZHAR AHMAD ?? ROZITA hadir bersama peguamnya, Mohd Yazer Yazid di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
FOTO: KHAIRUL AZHAR AHMAD ROZITA hadir bersama peguamnya, Mohd Yazer Yazid di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia