Harian Metro

Ikatan rasmi ‘cinta senyap’ tujuh tahun

-

Seremban: Hubungan ‘cinta senyap’ antara pasangan orang kurang upaya (OKU) cacat pendengara­n dan bisu yang terjalin selama tujuh tahun, berakhir dengan ikatan perkahwina­n.

Muhammad Hawari Hashim mengambil keputusan melamar wanita mualaf, Safiyyah Tang Xie Li Abdullah yang juga mempunyai kecacatan sama selepas yakin sahabatnya itu adalah jodoh dikurniaka­n Allah SWT.

Muhammad Hawari dan Safiyyah masing-masing berusia 28 tahun itu disatukan dalam majlis pernikahan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Sabtu lalu.

Muhammad Hawari berkata, dia mengenali Safiyyah sejak berusia 16 tahun ketika sama-sama bersekolah di sebuah sekolah pendidikan khas tetapi hubungan itu sekadar rakan sekolah.

“Kami bertemu semula tujuh tahun lalu, sebelum berkawan secara serius. Kami membuat keputusan berkahwin selepas mengikat pertunanga­n tahun lalu.

“Saya bersyukur majlis perkahwina­n yang dirancang berjalan lancar. Semuanya berkat bantuan keluarga, rakan serta Yayasan Pendidikan al-Quran Anak Istimewa (Yayasan Faqeh),” katanya ketika dihubungi menerusi kiriman aplikasi WhatsApp di sini, semalam.

Menariknya pada majlis itu, Muhammad Hawari mempersemb­ahkan bacaan lima surah iaitu al-Fatihah, tiga Qul dan al-Asr menggunaka­n bahasa isyarat, sebelum dinikahkan bapa angkat Safiyyah, Norakyaire­e Mohd Raus.

“Saya bersyukur majlis perkahwina­n yang dirancang berjalan lancar”

Muhammad Hawari

 ??  ?? MUHAMMAD Hawari dan Safiyyah disatukan dalam majlis pernikahan, Sabtu lalu.
MUHAMMAD Hawari dan Safiyyah disatukan dalam majlis pernikahan, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia