Harian Metro

Duka dua beranak lemas

-

Bachok: “Mereka sekeluarga nampak seronok bercerita nak datang ke pantai bagi menghabisk­an cuti sekolah, namun tak sangka ajal mereka di sini,” kata Mohd Naim Ibrahim, 34, adik ipar Wan Halem Wan Mustapha, 44, yang lemas bersama anaknya di Pantai Sri Telong, Melawi, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, Wan Halem dan anak lelakinya, Wan Muhammad Muzzammil Wan Halem, 7, tahun ditemui orang awam.

Seorang lagi mangsa, Wan Ukkasyah Wan Halem, 12, dilaporkan masih hilang.

Mohd Naim berkata, kali terakhir dia berjumpa ahli keluarga mangsa, kelmarin, apabila mereka berkumpul di rumah keluarga di Kampung Paloh, Palekbang, Tumpat.

“Ketika itu tiada sebarang perubahan pada abang ipar dan anak saudara malah isteri arwah yang juga kakak saya, Hamidah Ibrahim, 40, sempat menyediaka­n nasi arab untuk dimakan hampir 20 ahli keluarga yang datang berkumpul.

“Ketika berkumpul, arwah ada beritahu nak bawa anak-anak ke pantai, esok sempena cuti sekolah namun kami terkejut apabila hari ini mendapat panggilan mereka lemas,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Pantai Sri Telong, di sini, semalam.

Menurutnya, arwah dan anaknya memang rapat de- ngan ahli keluarga selain arwah turut mengajar al-Quran di Kampung Bunut Payong, berdekatan rumahnya.

“Anak-anak arwah juga rapat dengan saya dan saya berharap pencarian anak sulung mangsa yang masih hilang dipermudah­kan,” katanya.

Mohd Naim berkata, jenazah dua beranak itu akan dikebumika­n hari ini di Tanah Perkuburan Kampung Paloh.

 ??  ?? MAYAT Wan Halem yang ditemui di Pantai Sri Telong, Bachok.
MAYAT Wan Halem yang ditemui di Pantai Sri Telong, Bachok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia