Harian Metro

2.89 juta tonton parodi adiwira

-

Kuala Lumpur: Video parodi trailer filem Marvel,

Avengers: Infinity War yang dihasilkan sekumpulan penuntut Kolej MARA Seremban mendapat 2.89 juta tontonan setakat petang semalam.

Video berdurasi dua minit 20 saat yang dimuat naik di laman Twitter milik seorang daripada penuntut iaitu Aiman Sany Mohd Ikhsan pada Sabtu lalu, turut mendapat hampir 81,000 retweet,

122,000 likes dan 1,700 komen daripada netizen.

Rata-rata netizen bukan saja rakyat Malaysia, malah pengguna Twitter dari pelbagai negara terhibur, menzahirka­n ucapan tahniah serta memberikan sokongan terhadap idea kreatif dihasilkan penuntut berkenaan.

Seorang pemegang akaun Twitter bernama OG Loc berkata: Talent (Bakat) macam ini yang kita mahukan dan alhamdulli­lah Thanos masuk Islam.

Assholier Than Thou pula berkata: Manusia normal tak akan terfikir benda macam ini. Koko krunch jadi orang. Kreatif!

Miss Me membalas, Masa dan segala-galanya sangat cantik. Kerja yang mengagumka­n.

Pinggan itu buatkan saya ketawa berdekah-dekah. Ia sangat bagus, kata Nour pula.

Sementara itu Fay berkata, saya pulangkan tiket, kita tengok ini.

Domilola berkata, suka sangat terutama bila mereka gunakan selimut untuk dijadikan rambut.

Dapat 81,000 retweet, 122,000 likes dan 1,700 komen netizen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia