Harian Metro

Suami isteri membusuk

- Norrasyida­h Arshad norrasyida­h@hmetro.com.my

Misteri bau busuk dihidu penduduk sebuah kondominiu­m di bandar ini terungkai apabila mayat lelaki dan wanita dipercayai pasangan suami isteri ditemui dalam rumah sewa mereka, kelmarin.

Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, kedua-dua mangsa berbangsa Cina itu dijumpai jam 4.30 petang.

Menurut beliau, penemuan mayat itu susulan aduan daripada orang awam yang memaklumka­n terhidu bau busuk di rumah berkenaan.

“Bertindak atas maklumat itu, penyelia pengawal keselamata­n terpaksa memecahkan pintu berikutan rumah itu dikunci dari dalam.

“Apabila masuk, rumah itu dalam keadaan gelap kerana tiada bekalan elektrik dan anggota kami yang turut berada di lokasi menemui mayat seorang lelaki terbaring di luar bilik air.

“Selepas aliran elektrik disambung semula, mayat seorang lagi wanita ditemui dalam bilik air rumah berkenaan,” katanya.

Kata Mazelan, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa menyewa unit kondominiu­m itu sejak dua tahun lalu.

“Lelaki berusia 50-an dipercayai meninggal dunia sejak empat hari lalu berikutan tubuhnya yang kehitaman. Tiada kesan kecederaan namun darah ditemui pada lantai belakang tubuh mangsa.

“Manakala wanita itu dipercayai meninggal dunia dalam tempoh terdekat. Kami masih mengenal pasti identiti sebenar kedua-dua mangsa termasuk kemungkina­n hubungan mereka sebagai suami isteri,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasat punca sebenar kejadian dan mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Tiada kesan kecederaan namun darah ditemui pada lantai belakang tubuh mangsa”

Mazelan  Penyelia keselamata­n terpaksa pecah pintu rumah

 ??  ?? MAYAT mangsa yang ditemui terbaring diluar bilik air rumah di sebuah kondominiu­m di Klang.
MAYAT mangsa yang ditemui terbaring diluar bilik air rumah di sebuah kondominiu­m di Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia