Harian Metro

Kena tetak selepas tegur jiran bising

-

Kuala Lumpur: Hanya kerana menegur membuat bising, seorang lelaki berusia 32 tahun menerima 36 jahitan akibat ditetak jirannya di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Wangsa Maju, di sini, pada 9 Mac lalu.

Selepas menetak mangsa menggunaka­n parang lelaki berusia 52 tahun itu menghilang­kan diri dan hanya dapat ditahan 16 Mac lalu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, mangsa cedera di tangan kiri dan ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, selama seminggu untuk mendapatka­n rawatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, hasil siasatan mendapati mangsa sebelum itu menegur lelaki berkenaan yang membuat bising.

“Suspek yang tidak berpuas hati menengking mangsa sebelum masuk dalam rumahnya lalu mengambil parang sepanjang 65 sentimeter (cm).

“Lelaki itu menyerang mangsa dengan menetaknya di tapak tangan kiri. Difahamkan, mangsa jiran di tingkat atas rumah suspek,” katanya.

Beliau berkata, kejadian berlaku di tangga depan rumah mangsa dan hasil siasatan mendapati kawasan itu tiada kamera litar tertutup (CCTV), selain tiada saksi melihat kejadian itu.

Menurutnya, susulan laporan dibuat mangsa, polis mengesan suspek dan menahannya di kawasan Rejang pada malam Jumaat lalu untuk membantu siasatan.

“Suspek yang tidak berpuas hati menengking mangsa sebelum masuk dalam rumahnya lalu mengambil parang”

Muhamad Roy Suhaimi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia