Harian Metro

Curi maklumat 10,000 mangsa

-

Kuala Lumpur: Kumpul maklumat daripada 10,000 individu disasarkan sebagai mangsa.

Itu taktik sindiket Macau

Scam yang dipercayai aktif menjalanka­n kegiatan itu sejak setahun lalu di seluruh negara.

Kegiatan sindiket itu terbongkar selepas polis menjalanka­n operasi khas di sekitar Lembah Klang dan menahan 14 individu dalam serbuan dijalankan bermula jam 2 pagi hingga jam 2.30 petang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita berusia 54 tahun yang juga penyelia restoran memaklumka­n menerima panggilan telefon daripada pihak bank serta pegawai polis berkaitan hutang kad kredit sebanyak RM7,000, Selasa lalu.

“Mangsa menafikan mengenai hutang itu namun disambungk­an panggilan kepada dua pegawai polis berpangkat Inspektor yang meminta wanita berkenaan membuat pemindahan wang simpananny­a berjumlah RM70,000 ke dalam akaun bank diberi suspek.

“Sebaik urusan selesai, mangsa dihubungi pihak bank memaklumka­n panggilan telefon diterima adalah penipuan dan berjaya menyekat RM30,000 manakala selebihnya dikeluarka­n suspek,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Mazlan berkata, bertindak atas laporan polis dibuat dan hasil risikan dilakukan, pihaknya menjalanka­n operasi khas dan menahan 14 individu berusia 17 hingga 36 tahun yang terbabit dalam sindiket.

“Semua suspek ditahan di pusat operasi mereka iaitu di beberapa kondominiu­m sekitar Lembah Klang dan merampas 899 barangan terdiri daripada peralatan komunikasi, skrip perbualan dalam tiga bahasa dan senarai maklumat mangsa.

“Dalang utama sindiket itu berusia 36 tahun mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi maklumat manakala dua lagi suspek berperanan sebagai penyelia dan selebihnya menyamar sebagai kakitangan bank dan pegawai polis,” katanya turut memaklumka­n seorang suspek dikehendak­i bersabit kes bunuh di Sungai Dua, Pulau Pinang pada 2013.

 ??  ?? MAZLAN (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n barang yang dirampas dari sindiket Macau Scam.
MAZLAN (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n barang yang dirampas dari sindiket Macau Scam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia