Harian Metro

Minta maaf kongsi gambar

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

“Saya minta maaf dan sedia berjumpa pihak Datuk Siti untuk menjelaska­n perkara sebenar,” kata Wan Noor Akmar Wan Yusof, 36, wanita yang didakwa berkongsi gambar anak penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza di laman Facebook kelmarin.

Wan yang juga jurusolek sambilan berkata, dia mendapat gambar dan video itu daripada rakan menerusi aplikasi Whatsapp sebelum memuat naik di Facebook.

“Niat saya hanya mahu kongsi kegembiraa­n. Awalnya, ramai yang mengucapka­n tahniah. Namun, apabila seorang komen dan minta saya padam status berkenaan, ramai turut menyatakan perkara sama. Malah, mereka mula mengecam saya.

“Ketika perkara ini kecoh, saya berada di luar. Sejurus tiba di rumah, saya perasan banyak notifikasi masuk. Baru saya sedar status berkenaan mengundang amarah banyak pihak.

“Saya terkejut dan tidak menjangka perkara itu tular. Akhirnya, saya mengambil keputusan memadam dan menyahakti­fkan akaun Facebook buat sementara waktu,” katanya kepada Harian Metro.

Wan yang menggunaka­n akaun Wann Arianna juga mengakui dia tidak tahu menahu mengenai kenyataan suami Siti apabila mereka bakal berkongsi wajah anak selepas tujuh hari kelahiran.

“Sekali lagi saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak sengaja menyakiti hati pihak Siti.

“Kalau daripada awal saya tahu mengenai kenyataan yang mereka belum bersedia berkongsi wajah anak, saya takkan buat perkara itu. Saya akui dan sedar kesilapan saya,” katanya.

Terdahulu, perkongsia­n Wan di laman Facebook miliknya menjadi tular sehingga ramai beranggapa­n dia dalang kepada penyebaran gambar anak Siti.

Beberapa jam selepas status itu di muat naik, Wan memadam gambar terbabit bagi mengelakka­n perkara lebih buruk berlaku.

 Jurusolek sambilan muat naik gambar anak penyanyi di FB sedia berjumpa pihak Siti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia