Harian Metro

Kelas ceria, pembelajar­an efektif

-

Kuala Lumpur: Kelas ceria, sesi pembelajar­an lebih efisien dan sistematik antara kaedah mahu diterapkan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam melakukan transforma­si sesi pembelajar­an 2018, sekali gus membantu melahirkan lebih ramai graduan berkualiti.

Hasil gabungan idea mahasiswa dan kakitangan UPSI, setiap bilik kuliah di kampus itu kini dihias agar kelihatan lebih ceria, malah susun atur kerusi dan mejanya pula seakan-akan suasana di sebuah kafe berkonsepk­an santai serta amat menarik.

Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, transforma­si dilakukan memberi nilai tambah kepada penuntut serta pensyarah yang terbabit dalam proses pembelajar­an dan pengajaran.

Beliau berkata, susun atur perabot mengikut kaedah tradisiona­l mungkin menyebabka­n pelajar cepat bosan dan tidak praktikal dalam membantu mereka memberi tumpuan sepenuhnya ketika mengikuti kuliah.

Menurutnya, konsep baharu itu sudah dilaksanak­an di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di negara maju, malah syarikat gergasi seperti Google juga menyediaka­n suasana pejabat lebih kondusif kepada pekerja mereka bagi mengurangk­an tekanan.

“Kami melakukan transforma­si terhadap semua sembilan fakulti dengan susunan meja serta kerusi lebih kepada memudahkan penuntut melakukan perbincang­an dalam kumpulan secara santai.

“Selain itu, bilik kuliah dicat menggunaka­n warna ceria, malah kami juga menggunaka­n teknik pencahayaa­n khas,” katanya.

Mohammad Shatar berkata, setakat ini hampir 50 peratus daripada 90 bilik kuliah di UPSI sudah mengguna pakai konsep kelas ceria dan menerima maklum balas amat positif dalam kalangan penuntut dan pensyarah.

“Insiatif diambil UPSI ini adalah selari dengan cadangan kementeria­n yang mahu beralih ke arah revolusi 4.0 iaitu mengubah suasana pembelajar­an dan pengajaran selari dengan perkembang­an semasa,” katanya.

Dia memberitah­u, suasana pembelajar­an dan pengajaran lebih kondusif dan ceria secara tidak langsung mendidik warga kampus untuk lebih menghargai harta benda universiti.

 ??  ?? KEADAAN Kelas Fakulti Muzik dan Seni Persembaha­n UPSI
yang diubah menjadi lebih santai.
KEADAAN Kelas Fakulti Muzik dan Seni Persembaha­n UPSI yang diubah menjadi lebih santai.
 ??  ?? SUSUN atur kerusi dan meja seakan-akan suasana di sebuah kafe berkonsepk­an santai.
SUSUN atur kerusi dan meja seakan-akan suasana di sebuah kafe berkonsepk­an santai.
 ?? Dr Mohammad
Shatar ?? Semua bilik kuliah dicat menggunaka­n warna ceria
Dr Mohammad Shatar Semua bilik kuliah dicat menggunaka­n warna ceria

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia