Harian Metro

‘Usah kasar sangat...’

- Suraya Roslan dan Georgie Joseph am@hmetro.com.my

 Mat Redho jawab kecaman bawa anak terjun rope swing

“Sebelum terjunan dilakukan penganjur beri jaminan yang tali itu boleh menampung berat seekor gajah, sebagai bapa saya tidak memperjudi­kan nyawa anak sendiri,” kata Fazil Mohamad Dali, 42, yang melakukan aktiviti ekstrem terjunan

atau tali hayun. Sabtu lalu, Fazil dan juara Fear Factor Malaysia 2014, Mat Redho memuat naik video pengalaman mereka melakukan terjunan

bersama anak masing-masing pada ketinggian 60 meter dari jambatan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

Video itu mendapat perhatian netizen yang kagum dengan keberanian kedua-dua kanak-kanak itu, namun tidak kurang mempersoal­kan tindakan bapa masing-masing yang disifatkan membahayak­an nyawa anak sendiri.

Menerusi video berdurasi satu minit 37 saat Fazil bersama anaknya Muhammad Alif Asyraf, 6, melakukan terjunan sebelum menerima kecaman netizen yang menganggap aksi itu berbahaya bagi kanak-kanak.

Fazil berkata, anak lelakinya teruja mencuba selepas melihat aksi ibunya yang turut melakukan terjunam lebih awal.

“Anak saya tidak trauma dan sangat gembira selepas melakukan terjunan itu.

“Ramai yang mengecam dan menganggap seperti saya bapa yang bodoh, kita boleh kecam orang tetapi tidak perlu menggunaka­n bahasa kasar ,” katanya.

Juara

2014 Mat Redho atau Mohd Redha Rozlan, mengakui sangat bangga dengan keberanian anaknya Mecca Mikaela, 2, melakukan

meskipun dikecam segelintir netizen.

Redho, 30, berkata, anaknya mahu mencuba aktiviti itu disebabkan terbiasa melihat aksinya atau isterinya melakukan pelbagai aktiviti lasak.

“Saya bangga dengan Mecca. Nampak gaya dia bakal mengikut jejak saya dan isteri menceburi bidang aktiviti lasak pada masa hadapan.

“Sebenarnya tiga hari sebelum membuat terjunan itu, kami tunjukkan video aktiviti dan

Dia memang sangat suka dan teruja.

“Kami membawanya ke taman permainan bermain buaian bagi membolehka­n Mecca membiasaka­n diri. Faktor keselamata­n memang jadi keutamaan pengendali aktiviti itu dan Mecca pun dipakaikan abah-abah keselamata­n,” katanya.

Menurut Redho, ramai yang menyokong tindakanny­a selepas menulis penjelasan terperinci di Instagram. “Ramai yang suka sebenarnya apabila saya berani membabitka­n anak saya dalam aktiviti itu.

“Aktiviti yang saya lakukan selamat dan mendapat kelulusan daripada agensi berkaitan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia