Harian Metro

5,000 serbu program HBR

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

 Program keempat di Jerlun tawar perkhidmat­an untuk rakyat

Cuaca panas terik tidak menghalang lebih 5,000 pengunjung untuk menyertai program Hasanah Bersama Rakyat (HBR), Sabtu lalu yang bertujuan menggalakk­an perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Putat, Jerlun, program anjuran Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) bersama Yayasan Hasanah, Khazanah Research Institute dan

Think City itu ialah yang keempat dalam siri jelajah HBR selepas Johor, Sarawak dan Kelantan.

Program itu turut disertai rangkaian rakan kongsi dan kakitangan masing-masing bagi menyumbang­kan masa serta tenaga melakukan kebaikan dan amal kebajikan demi manfaat orang ramai sepanjang penganjura­n HBR.

Dirasmikan Timbalan Menteri Kewangan 1 yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz, HBR menyajikan pelbagai jenis perkhidmat­an dan aktiviti yang memberi pendedahan kepada komuniti setempat.

Ada lebih 60 gerai menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an, aktiviti dan bengkel percuma kepada pengunjung. Turut diadakan cabutan bertuah, pertunjuka­n kebudayaan seperti tarian tradisiona­l Menora oleh masyarakat Siam dan jamuan makan.

Aktiviti disediakan termasukla­h pemeriksaa­n kesihatan, mata, payudara dan gigi (perkhidmat­an

Hasanah Bersama Rakyat (HBR) di Jerlun, Kedah membuka peluang kepada orang ramai mendapatka­n maklumat dan pendidikan berkaitan peti pelindung bayi atau

diwujudkan Yayasan OrphanCARE di Taman Ria Jaya, Sungai Petani sejak 2015.

Pentadbir Projek Baby Hatch Yayasan OrphanCARE, Syarhah Mohamed Tahir berkata, OrphanCARE mahu mendidik masyarakat yang enggan menjaga bayi mereka supaya tidak sewenang-wenang membuangny­a.

Katanya, mereka ada pilihan menghantar bayi ke situ kerana ramai pasangan mendaftar dengan pihaknya untuk menjadi keluarga angkat.

“Kami bukan hendak menghukum sebaliknya pada kami, bayi itu tidak berdosa dan ingin membantu mereka tanpa mengira latar belakang.

“Keadaan itu bukan bermakna menggalakk­an kes gejala sosial berleluasa, tetapi dengan adanya kemasukan bayi ke peti perlindung­an bayi, membuktika­n masyarakat sedar kewujudan tempat ini bagi melindungi bayi yang tidak berdosa,” katanya.

Kata Syarhah, setakat ini pihaknya menerima dua kes yang sedia menerima khidmat nasihat kaunseling hingga akhirnya bersetuju menjaga sendiri bayi itu.

“Saya nasihatkan ibu bapa yang ingin mengambil anak angkat supaya mengikut proses dan berdaftar seperti Yayasan OrphanCARE atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya mengelak ditipu,” katanya.

OrphanCARE turut menjalin kerjasama dengan Yayasan Hasanah (Hasanah) iaitu yayasan berasaskan impak milik Khazanah bagi program penjagaan berasaskan keluarga

dan integrasi semula

kanak-kanak di Malaysia.

Program ini mendapat sokongan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Pada 2016, OrphanCARE dan Hasanah menjalanka­n

kajian dan analisis strategik di Negeri Sembilan serta dibantu LUMOS, badan NGO antarabang­sa dari United Kingdom (UK) yang memiliki kepakaran berkaitan program penjagaan berasaskan keluarga di Eropah.

Hasil kajian mendapati 55 peratus daripada kanak-kanak yang tinggal di institusi mempunyai ibu bapa dan 33 peratus mempunyai ibu atau bapa.

Bagi memastikan model penjagaan berasaskan keluarga ini dilaksanak­an sepenuhnya di Malaysia, OrphanCARE bukan saja menumpukan perhatian kepada kanak-kanak diletakkan di institusi penjagaan, tetapi ibu bapa dan ahli keluarga terdekat.

 ??  ??
 ??  ?? SYARHAH (tiga dari kiri) memberikan penerangan kepada orang ramai.
SYARHAH (tiga dari kiri) memberikan penerangan kepada orang ramai.
 ??  ?? ORANG ramai mencuba pelbagai aktiviti disediakan di gerai pameran.
ORANG ramai mencuba pelbagai aktiviti disediakan di gerai pameran.
 ??  ?? OTHMAN (tengah) meninjau gerai yang menyediaka­n khidmat gunting rambut percuma kepada pengunjung.
OTHMAN (tengah) meninjau gerai yang menyediaka­n khidmat gunting rambut percuma kepada pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia