Harian Metro

Komposer ‘tangkap leleh’ beri sokongan moral

-

Tanah Merah: Penderitaa­n kanak-kanak yang menghidap penyakit kegagalan hati berfungsi terubat apabila dikunjungi penyanyi dan komposer yang terkenal dengan lagu ‘tangkap leleh’ Eddie Hamid di rumahnya di Kampung Batu 11, di sini, semalam.

Kunjungan itu sekali gus memberi semangat kepada Muhammad Fakhri Hakim Mohd Fazil, 1, yang akan bertolak ke Shanghai, China esok bagi menjalani pembedahan hati.

Ibunya, Noorinie Stofar, 31, berkata, mereka terharu dengan kehadiran penyanyi dan komposer berkenaan kerana turut bersimpati dengan penderitaa­n anaknya.

“Kami tidak menduga kehadiran Eddie dan dia sempat meluangkan masa setengah jam bersama sambil bermesra dan bertanya mengenai penyakit serta kos bagi menjalani pembedahan berkenaan.

“Dia juga memberi kata-kata semangat dan mendoakan supaya Muhammad Fakhri Hakim berjaya menjalani pembedahan hati itu dan pulang ke tanah air dengan selamat,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Turut sama dalam kunjungan itu ialah rombongan daripada Pertubuhan Pakatan Anak Tanah Merah (PAKAT) yang diketuai penaungnya, Datuk Seri Supardi Md Nor.

Sementara itu, Eddie melahirkan rasa simpati dengan penderitaa­n yang ditanggung kanak-kanak itu.

“Rawatan itu perlu disegeraka­n kerana tahap kesihatann­ya semakin membimbang­kan.

“Saya memohon orang ramai tampil menghulurk­an bantuan untuk meringanka­n beban keluarga bagi menampung kos rawatan Muhammad Fakhri,” katanya.

Difahamkan, setakat ini RM218,000 berjaya dikumpulka­n dan memerlukan RM32,000 lagi untuk mencukupka­n kos menjalani pembedahan di China.

Akhbar NSTP sebelum ini melaporkan penderitaa­n yang dialami Muhammad Fakhri yang menghidap penyakit kegagalan hati berfungsi.

Keluargany­a dari Kampung Batu 11 buntu untuk mendapatka­n dana berjumlah RM250,000 bagi menampung kos rawatan pemindahan hati anaknya di China.

 ??  ?? MUHAMMAD Fakhri bertolak ke China esok bagi menjalani rawatan.
MUHAMMAD Fakhri bertolak ke China esok bagi menjalani rawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia