Harian Metro

Gurauan cuti panjang

-

 Wanita maut bersama anak perempuan akibat kemalangan

“Kakak (Nor Suraya Ishak, 28) secara bergurau memaklumka­n akan bercuti panjang pada cuti sekolah kali ini apabila ditanya mengenai cutinya sehari sebelum kemalangan yang mengorbank­an nyawa dia dan seorang anak perempuann­ya,” kata adik tiri Nor Suraya yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 25.

Dalam kejadian jam 7.30 malam kelmarin, di Jalan Kuala Perlis-Changlun berhampira­n Kampung Padang Chepa, dekat sini, Nor Suraya dan anak perempuann­ya berusia empat tahun, Sazlina Hafis maut di lokasi kejadian selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar kabel wayar pembahagi jalan sehingga hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok jati di bahu kiri jalan.

Kemalangan itu turut membabitka­n penumpang lain yang terdiri daripada anak lelaki Nor Suraya, Nadal Mikail Hafis, 7, keluargany­a, Rafe’ah Drahman, 60, Nor Hidayat Ishak, 25, dan Siti Nor Aishah Abdul Rahman, 22, yang cedera dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Nor Suraya berasal dari Bukit Kayu Hitam namun menetap di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mak andam.

Menurut Faizal, arwah Nor Suraya memang rapat dengan dia dan emaknya meskipun hanya keluarga tiri selepas bapa meninggal.

Katanya, Nor Suraya bersama keluargany­a baru pulang daripada bercuti di Pulau Langkawi.

“Saya terkilan kerana kata-kata kakak itu menjadi kenyataan kerana hanya menganggap ia sebagai gurauan kecil daripada kakak.

“Hati sudah mula rasa tidak sedap kerana dia kata ingin bercuti sehari saja tanpa bermalam di Langkawi, namun sejak petang semalam (kelmarin) kami cuba menghubung­inya namun tidak berjawab.

“Kami juga cuba untuk menelefon adiknya yang turut ikut bersamanya namun turut gagal dihubungi dan saya bimbang sekiranya ada pihak tidak bertanggun­gjawab mencuri telefon bimbit mereka selepas berlakunya kemalangan,” katanya.

Sementara itu, suasana di Bilik Forensik HTF bertukar pilu apabila anak sulung Nor Suraya, Nadal Mikail Hafis, 7, yang parah di kaki terpaksa diusung keluar dari wad untuk melihat jenazah ibunya dan Nor Sazlina buat kali terakhir.

Cubaan wartawan untuk menemu bual anak mangsa gagal kerana anaknya hanya diam dan tidak mahu berkongsi apa-apa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superinten­dan Nanda Maarof berkata, kemalangan membabitka­n sebuah kereta itu menyebabka­n dua maut di lokasi akibat kecederaan parah dialami.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu mangsa terbabas dan melanggar kabel wayar pembahagi jalan sehingga hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok jati di bahu kiri jalan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? SUASANA pilu menyelubun­gi Bilik Forensik HTF.
SUASANA pilu menyelubun­gi Bilik Forensik HTF.
 ??  ?? NADAL diusung keluar dari wad ke bilik forensik untuk melihat jenazah ibu dan adiknya buat kali terakhir.
NADAL diusung keluar dari wad ke bilik forensik untuk melihat jenazah ibu dan adiknya buat kali terakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia