Harian Metro

Urus tadbir perlu seiring kebajikan rakyat

-

Jasin: Pengurusan dan pentadbira­n sesebuah negeri gagal jika pemimpin mereka asyik berpolitik tanpa mempedulik­an kepentinga­n dan kebajikan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, itulah gambaran di negeri yang dipimpin parti pembangkan­g seperti Selangor dan Pulau Pinang yang menjadikan rakyat sebagai mangsa keadaan.

“Bila kita tak mendahuluk­an rakyat, bila (hanya) berpolitik, apa kesudahann­ya. Apa yang akan terjadi (kepada rakyat). Contohnya, bila negeri yang sepatutnya maju daripada Melaka, soal air pun tak boleh diuruskan.

“Cuba bayangkan air pun tak boleh urus, (menyebabka­n) sejuta orang dalam kesusahan, tetapi Alhamdulil­lah, Melaka lebih baik urusan pentadbira­nnya,” katanya ketika berucap pada majlis pengisytih­aran Sungai Rambai sebagai daerah kecil di Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai, di sini semalam.

Pada majlis itu, Najib turut melancarka­n RTC Sungai Rambai serta Tugu Integriti Sungai Rambai.

Sungai Rambai disahkan sebagai daerah kecil pertama di Melaka berkuat kuasa 1 Mac tahun lalu menerusi surat rasmi Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Turut hadir, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, Ketua Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad serta EXCO Pertanian dan Pembanguna­n Usahawan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman.

Mengulas lanjut, Najib berkata, kerajaan Pusat sanggup mengeluark­an peruntukan RM22 bilion bagi membantu menyelesai­kan masalah air di Selangor namun pentadbira­n negeri itu tetap gagal menguruska­nnya.

 ??  ?? PEJABAT Daerah Kecil Sungai Rambai yang siap dibina di Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Sungai Rambai.
PEJABAT Daerah Kecil Sungai Rambai yang siap dibina di Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Sungai Rambai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia