Harian Metro

Tambah baik fungsi KR1M

-

Ayer Keroh: Kerajaan meluluskan peruntukan RM200 juta kepada koperasi yang menjayakan program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 yang ditambah baik fungsinya bulan lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, peruntukan itu untuk memperkasa lagi koperasi, khususnya yang menjalanka­n program kedai harga patut.

“Koperasi boleh memainkan peranan penting bagi memacu pertumbuha­n ekonomi negara dan melahirkan budaya keusahawan­an serta budaya tadbir urus yang baik.

“Ia bagi memastikan negara mencapai tahap pembanguna­n seperti mana kita tetapkan di bawah Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

“Untuk mencapai sasaran itu, setiap komponen perlu menggemble­ng hala tuju yang besar. Kita (kerajaan) juga bersetuju Akta Koperasi 1993 pindaan 2007 dipinda menerusi sidang Parlimen akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Koperasi Negara 2018 di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC) di sini, semalam.

Pada majlis bertemakan ‘Rakyat Sejahtera Bersama Koperasi’ dihadiri lebih 10,000 ahli koperasi dari seluruh negara itu, tokoh perbankan, Datuk Aini Taib diumumkan sebagai Tokoh Hari Koperasi Negara 2018.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron serta Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Perdana Menteri turut menggalakk­an koperasi di seluruh negara menjalanka­n sistem penilaian bagi mempelbaga­ikan sumber serta cabang perniagaan baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia