Harian Metro

Pilih calon berkelayak­an

-

Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) ditugaskan memilih calon berkelayak­an mengisi kekosongan jawatan sementara di Kementeria­n Sumber Manusia.

Menterinya, Datuk Seri Richard Riot berkata, jawatan ketua eksekutif dan pengurus besar yang sedang dan digantung tugas akan diiisi sementara bagi memastikan pengurusan operasi dan pentadbira­n dan operasi Perbadanan Tabung Pembanguna­n Kemahiran (PTPK) tidak terjejas. Kuala Lumpur: Sebanyak 1,229 Pusat Bertauliah (PB) ditubuhkan bagi melahirkan lebih ramai pekerja berkemahir­an tinggi seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) hingga 31 Januari lalu.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem yang juga Ahli Parlimen Serian berkata, jumlah itu merangkumi 587 PB awam dan 642 PB swasta yang menyediaka­n pelbagai program kemahiran berpanduka­n kepada standard kemahiran pekerjaan kebangsaan.

“Kerajaan komited memastikan sijil kemahiran yang dikeluarka­n boleh diguna pakai dalam pelbagai sektor pekerjaan.

“Hingga kini 1.7 juta sijil kemahiran sumber manusia dianugerah­kan kepada pelatih yang berjaya menamatkan tauliah di PB masing-masing,” katanya ketika menggulung ucapan Menjunjung Kasih Titah Yang Di Pertuan Agung di sini, semalam.

Katanya, kementeria­n melalui Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) berjaya memberi latihan komprehens­if melalui latihan kemahiran prapekerja­an kepada pelajar lepasan sekolah secara sementara dan sepenuh masa.

“Berdasarka­n pelbagai kursus ditawarkan dari peringkat sijil hingga diploma, bidang latihan yang di tawarkan meliputi pelbagai sektor,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia