Harian Metro

Pengunjung BTTR meningkat

-

Gerik: Jumlah pelancong yang berkunjung ke kawasan Hutan Hujan Tropika Belum-Temengor (BTTR) meningkat 200 peratus selepas Pihak Berkuasa Perlaksana­an Koridor Utara (NCIA) membantu promosi kawasan itu sejak 2010.

Ketua Pegawai Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq berkata, bilangan pelancong ke BTTR meningkat daripada 9,310 pada 2010 kepada 27,327 pengunjung 2017.

“Kawasan Royal Belum menikmati limpahan ekonomi dengan kemasukan pelancong melalui program latihan yang membabitka­n penduduk termasuk dalam peluang membabitka­n ekonomi, pekerjaan dan perniagaan.

“Hasil pendekatan holistik yang dilaksanak­an NCIA bermula 2010 hingga 2017 meningkatk­an jumlah pelancong hingga 200 peratus dan satu peningkata­n memberangs­angkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hentian Royal Belum Amanjaya dekat Pulau Banding di sini, semalam.

Redza berkata, kos pembinaan Hentian Royal Belum Amanjaya RM20.4 juta manakala kos pembanguna­n di kawasan sekitarnya termasuk pembinaan tapak kem di tiga lokasi RM4.7 juta.

Katanya, BTTR menjadi tarikan utama di wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang dilaksanak­an menerusi kajian di setiap lokasi berbeza.

Redza berkata, inisiatif yang dijalankan NCIA memastikan masyarakat Orang Asli mendapat limpahan ekonomi dengan kemasukan pelancong menerusi program latihan khas bagi memberi peluang ekonomi, pekerjaan dan perniagaan kepada mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia