Harian Metro

Warga asing semakin kuasai perniagaan

-

Tidak dapat dinafikan banyak perniagaan kecil dan sederhana di lokasi strategik di Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain kini dikendalik­an oleh warga asing, termasuk pendatang tanpa izin (PATI).

Di Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur misalnya terdapat kawasan yang dikenali sebagai

Dhaka Lane apabila kebanyakan perniagaan di situ dikendalik­an warga Bangladesh.

Di beberapa kawasan lain pula, premis perniagaan dimonopoli pendatang dari negara lain terutamany­a Indonesia, India, Thailand, Myanmar, Vietnam dan Kemboja.

Warga asing ini cukup berani mengendali­kan perniagaan mereka secara terbuka, bahkan ada di antara mereka kini mampu menggaji pendatang lain.

Terdapat juga kedai gunting rambut dan dobi yang dikendalik­an pekerja dari India dan saya percaya lama-kelamaan mereka ini bakal mengambil alih perniagaan daripada pemilik tempatan yang kebanyakan­nya sibuk dengan aktiviti lain.

Jangan terkejut jika anda terjumpa sebuah restoran dimiliki pendatang Bangladesh dengan tukang masaknya pula berasal dari Thailand dan pelayan dari Indonesia. Sesungguhn­ya ia telahpun berlaku di Malaysia dan nampak gayanya lebih banyak perniagaan sebegini akan muncul jika masalah PATI ini tidak ditangani dengan baik.

Agak menghairan­kan bagaimana ini semua boleh berlaku kerana kita mempunyai banyak agensi penguatkua­saan, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pendatang tanpa izin ini.

Hakikat bahawa warga asing ini dapat mengendali­kan perniagaan tanpa gangguan adalah isu serius kerana ia boleh menyebabka­n orang ramai mempersoal­kan integriti agensi penguatkua­saan.

Saya tidak menentang warga asing yang mempunyai permit kerja, namun amat bimbang dengan kehadiran PATI dalam jumlah besar kerana mereka boleh mendedahka­n kita kepada penyakit dan menimbulka­n ancaman keselamata­n kerana sesetengah mereka juga terlibat dalam jenayah.

Terdapat laporan mengenai tahap kebersihan yang rendah dalam kalangan mereka manakala pergaduhan dan kes pembunuhan kejam dalam kalangan warga asing turut membimbang­kan kita.

Kewujudan warga asing ini seharusnya membuka mata kita untuk mencari penyelesai­an bagi isu pekerjaan 3D (berbahaya, kotor dan sukar) yang tidak diterima rakyat tempatan kerana sering dianggap sebagai pekerjaan tahap bawahan atau memalukan.

Namun tahniah harus diucapkan kepada Jabatan Imigresen kerana berusaha mencegah masalah ini daripada terus merebak.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali dilaporkan berkata, sejak dua bulan lalu, jabatan berkenaan menahan 7,225 warga asing, termasuk yang terbabit dalam perniagaan secara haram.

Beliau berkata, seramai 161 majikan di Malaysia turut ditahan kerana melindungi PATI semasa Op Mega 2.0 dijalankan di mana pemeriksaa­n dilakukan terhadap 33,626 warga asing di 2,838 premis perniagaan di seluruh negara.

Tindakan tegas juga perlu diambil terhadap majikan yang membenarka­n pekerja asing bekerja di sektor lain dan menyalahgu­nakan pas kerja mereka.

Dilaporkan warga asing ini sanggup bekerja keras kerana mempunyai impian memiliki perniagaan sendiri dan mendapat pulangan yang lebih baik.

Berdasarka­n serbuan dibuat Jabatan Imigresen, antara kawasan di Lembah Klang yang menunjukka­n peningkata­n drastik pekerja asing yang menjalanka­n perniagaan haram ialah di Jalan Silang, Lebuh Pudu, Jalan Petaling, Pasar Selayang serta pusat teknologi maklumat dan komputer.

PBT perlu mengambil tindakan tegas menghentik­an penyalahgu­naan lesen perniagaan oleh penduduk tempatan dengan menyewakan­nya kepada warga asing.

Pada masa sama, pihak PBT mesti memastikan tiada premis perniagaan diuruskan secara haram oleh warga asing.

PBT perlu menjalanka­n operasi bersama yang lebih teratur dengan Jabatan Imigresen dan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad dan jabatan bekalan air untuk mengambil tindakan terhadap para pendatang dan pemilik premis.

Suruhanjay­a Syarikat Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri juga perlu dilibatkan kerana difahamkan warga asing terbabit juga tidak membayar cukai.

Selain daripada penguatkua­saan yang ketat, pihak berkuasa juga harus menekankan aspek pencegahan dan pendidikan dengan sokongan dari kedutaan negara terbabit, masyarakat setempat, persatuan dan mereka yang bergantung kepada pekerja asing.

Kita tidak sepatutnya bertolak ansur dengan isu ini kerana warga asing ini secara perlahan-lahan mengambil alih perniagaan kecil dan sederhana daripada penduduk tempatan.

Warga asing ini mempunyai kelebihan daya saing berbanding usahawan tempatan kerana mereka sanggup mengambil keuntungan rendah, menjual segala jenis barangan dan menawarkan pelbagai perkhidmat­an.

Dilaporkan ada sesetengah kedai runcit mereka turut menawarkan khidmat pelacuran di bilik khas yang dibina di belakang premis.

Sekiranya masalah ini tidak ditangani segera, ada kemungkina­n usahawan kecil kita terpaksa menutup kedai akibat persaingan sengit daripada warga asing ini yang bersedia untuk bekerja tanpa mengira waktu atau undang-undang.

Sudah tentu kita akan berasa sedih apabila suatu hari nanti pengusaha tempatan tidak lagi mampu berniaga dan perlu memohon pekerjaan daripada warga asing ini.

Ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia