Harian Metro

Gabung 2 perkara disukai

- DARI MUKA R23

adalah benda baru untuk saya. Saya perlu jaga stamina kerana apabila mempersemb­ahkan Luar Biasa sudah tentu saya perlu menari.

“Sebagai permulaan, saya berjoging dan menjaga pemakanan. Saya juga pergi kelas tarian untuk membiasaka­n diri. Saya latih diri untuk menjadikan perkara itu tidak mustahil dilakukan,” katanya.

Menghafal bunga tarian bukan perkara yang terlalu sukar, namun bagi Ismail, dia mula berasa kekok apabila belajar menari sambil memegang mikrofon.

Mengetahui kelemahan itu, anak kepada penyanyi era 80-an, Datin Suliza Salam lantas mencari formula baru agar dapat membiasaka­n diri dengan segala kemungkina­n apabila beraksi di pentas besar.

“Tidak ada masalah untuk ingat langkah tarian tetapi kekok apabila menari sambil pegang mikrofon. Saya kemudian ambil keputusan menari sambil pegang telefon bimbit sebagai pengganti mikrofon,” katanya.

MAHU TEMBUSI PASARAN

MUZIK SEBERANG

Bercerita mengenai perancanga­n kerjaya, Ismail menyusun strategi untuk mengembang­kan kerjaya di Indonesia. Katanya, dia akan muncul dengan lagu baru khas buat pendengar di negara itu.

Bukan mahu membezakan peminat di sana dan Malaysia, hakikatnya konsep muzik yang menjadi pilihan pendengar dua negara ini tidak sama.

“Saya akan hasilkan lagu pertama khas untuk pasaran

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia