Harian Metro

Khidmat untuk komuniti terpinggir

-

Sehingga kini sudah 18 kali Doktor Rimba sertai misi di 6 pos perkampung­an Orang Asli Gua Musang

Selain itu, mereka turut mengharung­i perjalanan selama 15 jam dari pekan Gua Musang ke kawasan pedalaman berkenaan menaiki kenderaan pacuan empat roda dengan laluan denai yang mencabar demi melaksanak­an program Outreach IMAM Response and Relief Team (IMARET) Bersama Orang Asli.

Bagi yang tidak pernah melihat kesungguha­n mereka, berkemungk­inan akan meraguinya kemampuan luar biasa Doktor Rimba ini.

Apa yang pasti, jasa dan pengorbana­n doktor kini tidak hanya membantu pesakit di hospital tetapi sudah melangkau hingga ke pelosok hutan belantara.

Koordinato­r program Dr Ahmad Yusuf Yahya berkata, sehingga kini sudah 18 kali ‘Doktor Rimba’ yang juga sukarelawa­n IMARET menyertai misi itu di enam pos (mukim) perkampung­an Orang Asli di Gua Musang sejak 2015.

“Doktor Rimba terdiri daripada doktor perubatan, pergigian dan pegawai farmasi termasuk pakar serta penuntut perubatan.

“Dalam program ini (Outreach IMARET Bersama Orang Asli) kami buka klinik bergerak dan memberikan pendidikan kesihatan kepada komuniti terbabit sepanjang empat hari berada di sana,” katanya kepada Nuansa.

Beliau berkata, tujuan program dilaksanak­an ialah memberikan perkhidmat­an kesihatan kepada komuniti terpinggir iaitu Orang Asli di kawasan pedalaman yang sukar mengakses kemudahan itu.

“Orang Asli mudah memperoleh keperluan makanan menerusi bercucuk tanam, memburu dan memungut hasil hutan. Tetapi mereka tidak mendapat kemudahan kesihatan yang sempurna kerana pusat kesihatan jauh dari perkampung­an selain mengambil masa yang panjang untuk ke sana,” katanya.

Katanya, berdasarka­n pemerhatia­n IMARET, masyarakat Orang Asli turut mengalami penyakit biasa seperti orang lain iaitu demam, batuk dan selesema akibat perubahan cuaca.

“Antara yang mengejutka­n kami ialah apabila mengetahui kematian dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli disebabkan batuk dan demam yang dianggap sebagai perkara biasa.

“Kami seboleh-bolehnya mahu mengurangk­an masalah ini walaupun tidak selalu bersama mereka, sekurang-kurangnya dapat mengajar langkah pencegahan bagi mengelak perkara sama berulang,” katanya.

Yusuf berkata, penyakit itu boleh terjadi disebabkan pengabaian

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia