Harian Metro

USAHAWAN KAYU HANYUT

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Kayu terbiar sejak 100 tahun miliki nilai tinggi dengan imej seakan-akan wajah manusia

Siapa sangka kayu yang dianggap tidak berguna sebenarnya mempunyai nilai tinggi dan boleh menjadi barangan ‘jarang ditemui’.

Apatah lagi apabila kayu yang dikatakan berusia ratusan tahun itu mempunyai satu rahsia yang tidak diketahui ramai.

Kayu itu mempunyai dua imej yang menyerupai wajah manusia dan melalui kreativiti seorang usahawan kayu hanyut, Azah@Azahari Abd Jamal, 39, menghasilk­an dua arca kayu yang menarik.

Azah@Azahari boleh disifatkan individu bertuah kerana menjumpai kayu itu sedangkan orang lain mungkin melihatnya sebagai sesuatu yang tidak berguna.

Penulis berpeluang melihat arca itu ketika membuat liputan Pameran Seni dan Perhiasan di Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), barubaru ini dan terpegun dengan keunikanny­a.

Azah@Azahari berkata, dia menjumpai kayu cengal itu di sebuah kebun di Bukit Lanjut, Kampung Tenang, Segamat pada 2014 dan meminta kebenaran daripada pemilik kebun untuk mengambiln­ya.

Katanya, kayu itu terbiar begitu saja selepas ditebang kira-kira 100 tahun lalu bagi tujuan pembukaan Kampung Tenang, Segamat.

“Sebenarnya tujuan asal saya ambil kayu ini untuk dijual di kilang perabot. Namun apabila membelah kayu ini menggunaka­n gergaji mendapati ada imej ini (dua imej yang menyerupai wajah) tetapi tidak begitu jelas.

“Kemudian, saya bersama rakan memperkema­skan kayu ini sehingga lakaran imej menjadi jelas,” katanya kepada Nuansa.

Menurutnya, kayu itu kini menjadi dua arca bersaiz kira-kira 1.5 meter panjang yang dinamakan Arca Kayu Lanjut Dua Sekawan.

“Lakaran imej pada kayu itu terbentuk secara semula jadi oleh serangga yang tinggal dalam kayu berkenaan seperti anaianai.

“Sepanjang pembabitan dalam bidang ini sejak empat tahun lalu, agak sukar untuk menjumpai kayu yang unik seperti ini,” katanya.

Azah@Azahari yang turut menghasilk­an perabot seperti kerusi dan meja juga berkongsi kegembiraa­n kerana arca kayu itu pernah memenangi Anugerah Satu Daerah Satu Industri kategori produk terbaik pada 2014.

Katanya, kemenangan itu umpama suntikan semangat kepadanya untuk menghasilk­an lebih banyak produk perhiasan yang lebih unik dan menarik serta bermutu tinggi.

“Saya tidak keberatan menjual arca ini jika mendapat tawaran harga yang tinggi bersesuaia­n dengan nilai arca ini,” katanya.

 ??  ?? AZAH @Azahari, dan isteri Norhazilaw­ati
Buang bersama acra kayu yang dipamerkan .
AZAH @Azahari, dan isteri Norhazilaw­ati Buang bersama acra kayu yang dipamerkan .
 ??  ?? ARCA kapak turut dihasilkan.
ARCA kapak turut dihasilkan.
 ??  ?? ARCA kayu berimej seakan-akan muka manusia.
ARCA kayu berimej seakan-akan muka manusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia