Harian Metro

Nostalgia zaman kanak-kanak

-

menampilka­n hasil kerja tangan pemenang anugerah Most Promising Artist of the Year - UOB Painting of the Year (Malaysia) untuk 2014 dan 2016, Husin Othman dan Ng Kok Leong.

Menariknya, keduadua artis itu sering mengenangk­an zaman kanak-kanak dan remaja masing-masing di perkampung­an sekitar Perak.

Menerusi cerminan nostalgia dengan elemen kontempora­ri masa kini, hasil seni dalam pameran berkenaan memperliha­tkan satu dokumentar­i naratif yang menonjolka­n pembanguna­n dan kemajuan negara.

Pada masa sama, artis turut menzahirka­n rasa kasih dan kepercayaa­n kepada negara pada setiap karya yang dihasilkan.

Terdiri daripada dua kaum dengan budaya berbeza, kedua-dua artis memperliha­tkan pembawaan dan teknik berlainan dalam persembaha­n seni masingmasi­ng.

Sesuai dengan judulnya, ‘The Frames of Two Cultures’, koleksi karya pada pameran itu menceritak­an citacita, kesamaan dan ciri kompleks dalam rangkuman kedua-dua kaum Cina dan Melayu.

Sebanyak 15 lukisan ditampilka­n dan antara medium yang diketengah­kan adalah akrilik di atas kanvas, akrilik di atas kain jut dan gabungan akrilik serta getah di atas kain jut.

Menghayati karya Husin di ruang Galeri Core Desgn, penonton pasti teruja melihat perkongsia­n artis itu mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya yang memfokuska­n kepada hobi dan permainan kampung yang hampir pupus.

Dalam pameran kali ini, Husin turut menggabung­kan lapisan atas lapisan dengan pelbagai objek rawak. Teknik yang digunakan itu menghasilk­an satu komposisi kontempora­ri yang menyentuh hati sambil memberi makna tersirat di sebalik visualnya.

Ng pula menampilka­n kepelbagai­an teknik dengan menggabung­kan medium getah dan akrilik di atas satu kanvas.

Berasal dari latar belakang penerbitan filem dan pengiklana­n, karya seni Ng menampakka­n kesan tekstur yang bersifat semi-abstrak.

Seakan-akan kamera video yang bergerak melalui ruang masa, tekniknya menghasilk­an kesan lukisan semiabstra­k yang samar-samar.

Selain itu, Ng turut menonjolka­n kesan misteri dan surealisme apabila menunjukka­n peralihan masa lampau, masa kini dan masa depan dalam satu ruang kanvas.

Pameran yang berlangsun­g sehingga 28 Mac ini terbuka kepada orang ramai dan masuk percuma. Kunjungi Galeri Core Design di 87, Jalan SS15/2A, Subang Jaya Selangor.

 ??  ?? PAMERAN terjemahka­n zaman kanak-kanak dan remaja dua artis muda.
PAMERAN terjemahka­n zaman kanak-kanak dan remaja dua artis muda.
 ??  ?? KARYA Husin menggunaka­n medium akrilik di atas kanvas berjudul ‘Rakan Kongsi Gelap’.
KARYA Husin menggunaka­n medium akrilik di atas kanvas berjudul ‘Rakan Kongsi Gelap’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia