Harian Metro

Banyak guna rona tanah

-

Ada yang berpendapa­t jenis solekan ini terlalu ringkas dan seolah-olah tidak bersolek namun ramai juga yang memuji dan menyatakan solekan semula jadi ini manis dipandang.

Setiap individu mempunyai pandangan masing-masing namun trend solekan ini kian menjadi ikutan dan ia dipersetuj­ui lebih 80 peratus jurusolek profesiona­l tempatan.

Menurut jurusolek profesiona­l Nor Yanti Zulkipli (jy_dglam), solekan semula jadi yang dipanggil solekan malar segar menjadi pilihan ramai lebih-lebih lagi raja sehari atas faktor tersendiri terutama kemanisan wajah mempelai.

“Jika dilihat trend sekarang, hampir semua wanita lebih menggemari solekan jenis ini dan rataratany­a tidak mahu wajah kelihatan garang dengan rona terang.

“Untuk solekan ini, saya banyak bermain dengan rona tanah seperti coklat dan warna lembut selain menekankan teknik yang tidak keterlalua­n bagi mendapatka­n hasil diinginkan. Saya juga tidak menggunaka­n bulu mata palsu dan hanya bermain dengan teknik bagi menampakka­n mata yang menawan,” katanya.

Menurut Nor Yanti, selain kelihatan lebih manis, jenis solekan ini juga adalah antara solekan selamat yang sesuai untuk semua wanita.

“Mungkin ada yang menyatakan solekan

Trend terkini sebagai solekan selamat sesuai untuk semua wanita

ini sama seperti tidak bersolek disebabkan rona lembut digunakan namun hakikatnya tanggapan itu kurang tepat kerana solekan yang semula jadi menambah keayuan seseorang.

“Apa yang penting adalah perlu tahu teknik tepat dan jangan sesekali bersolek atau mendapatka­n khidmat solek daripada individu yang tidak mempunyai kemahiran menghasilk­an solekan ini,” ujarnya.

Nor Yanti berkongsi langkah demi langkah dalam menghasilk­an solekan malar segar yang memberikan impak semula jadi.

 ??  ?? 2. LANGKAH pertama adalah bedak asas. Sapukan nipis dan pilih ton yang sesuai dengan warna kulit. Selepas bedak asas, gunakan bedak tabur. Ingat, tidak perlu terlalu tebal.
3. BENTUK kening supaya
kelihatan kemas.
4. SETERUSNYA, lakukan teknik...
2. LANGKAH pertama adalah bedak asas. Sapukan nipis dan pilih ton yang sesuai dengan warna kulit. Selepas bedak asas, gunakan bedak tabur. Ingat, tidak perlu terlalu tebal. 3. BENTUK kening supaya kelihatan kemas. 4. SETERUSNYA, lakukan teknik...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia