Harian Metro

Cara hargai diri

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Rawatan penjagaan muka perlu

dilakukan secara konsisten

Setiap wanita ada cara tersendiri untuk menjaga kecantikan dan kesihatan diri. Ada yang bersikap ekstrem dan sanggup berhabis ribuan ringgit dalam tempoh sebulan namun ada juga golongan sebaliknya.

Ada yang memilih untuk berkunjung ke pusat kecantikan mahupun spa. Ramai juga wanita yang sekadar melakukan rawatan asas penjagaan wajah dan diri di rumah. Tidak kira apa cara yang dipilih, apa yang penting ialah ia dilakukan secara konsisten.

Mungkin ramai yang beranggapa­n melabur wang dengan melakukan rawatan kecantikan bersama pakar dalam bidang itu lebih berbaloi kerana mereka mempunyai kemahiran sekali gus membantu untuk mendapatka­n hasil diimpikan.

Berkongsi pandangan dalam isu ini, wanita dengan personalit­i menarik dan memiliki kulit wajah halus mulus, Siti Noor Anisah Abdul Jalil berkata, penjagaan kecantikan diri antara perkara asas yang tidak boleh ditinggalk­an setiap wanita.

“Kaedah untuk menjaga kecantikan itu terpulang kepada individu kerana kini terdapat pelbagai pilihan sama ada dilakukan di pusat kecantikan atau melakukan sendiri di rumah.

“Saya akan meluangkan masa sekurang-kurangnya dua kali dalam sebulan untuk mendapatka­n rawatan wajah lengkap di spa manakala selebihnya banyak dilakukan sendiri di rumah dengan menggunaka­n set penjagaan, memakai topeng muka dan mengewap wajah,” katanya.

Menurut Siti Noor Anisah, walaupun sibuk dengan tuntutan tugas harian namun dia tetap mencari waktu sesuai untuk merehatkan diri dan melakukan rawatan lengkap di pusat kecantikan.

“Ia lebih kepada masa untuk membelai diri juga sebagai penghargaa­n kepada diri sendiri. Tidak salah mengeluark­an sedikit belanja untuk tujuan kecantikan dan kesihatan diri.

“Dalam aspek jenis rawatan, kos yang dikeluarka­n dan pakej yang diambil juga terpulang kepada kehendak dan kemampuan diri,” ujarnya.

Tambahnya, tidak kira apa juga rawatan dan lokasi dilakukan ia perlu dibuat secara konsisten bagi mendapatka­n hasil diidamkan terutamany­a kepada individu yang mempunyai masalah tersendiri.

Sementara itu, bagi Nur Farah Anis Kamarolzam­an, tidak salah untuk memanjakan diri di spa dan melakukan rawatan bersesuaia­n dengan masalah diri namun tidak perlulah dilakukan terlalu kerap.

“Cukuplah sekadar sekali dalam sebulan atau paling kurang sekali dalam tiga bulan untuk berkunjung ke spa dan selebihnya boleh dilakukan sendiri di rumah.

“Kini dengan pelbagai set penjagaan wajah di pasaran segalanya semakin mudah asalkan produk digunakan itu sesuai dan selamat,” katanya.

Tambah Nur Farah

Anis, selain penjagaan wajah, aspek senaman dan penjagaan makanan juga mempengaru­hi kecantikan keseluruha­n wanita.

“Lakukan senaman secara rutin dan seeloknya elakkan daripada mengambil makanan yang terlalu berminyak, masin dan tidak berkhasiat kerana ia juga mempengaru­hi kecantikan diri.

“Yakin dengan diri sendiri, lakukan penjagaan diri secara rutin walaupun hanya di rumah kerana kecantikan wanita itu bukan hanya terletak pada wajah namun ia membabitka­n keseluruha­n diri daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki,” ujarnya.

 ?? Siti Noor Anisah ?? RUTIN sihat untuk mendapatka­n kecantikan diri yang menyeluruh. Cukuplah sekadar sekali dalam sebulan atau paling kurang sekali dalam tiga bulan untuk berkunjung ke spa dan selebihnya boleh dilakukan sendiri di rumah
Siti Noor Anisah RUTIN sihat untuk mendapatka­n kecantikan diri yang menyeluruh. Cukuplah sekadar sekali dalam sebulan atau paling kurang sekali dalam tiga bulan untuk berkunjung ke spa dan selebihnya boleh dilakukan sendiri di rumah
 ??  ?? SITI Noor Anisah amalkan penjagaan diri secara konsisten.
SITI Noor Anisah amalkan penjagaan diri secara konsisten.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia