Harian Metro

PERANTI KHAS BELAI WAJAH

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Alat kalis air berfungsi dengan cekap jadikan kulit lebih halus dan lembut

Wanita kini semakin bijak dalam aspek menjaga kecantikan diri terutama membabitka­n kulit wajah. Bagi mendapatka­n keberkesan­an yang lebih optimum, ramai yang memilih untuk mencuci wajah menggunaka­n alat peranti khas.

Rata-rata wanita lebih mempercaya­i alat pencuci khas itu mampu bertindak lebih berkesan dalam mendapatka­n hasil kulit wajah halus, mulus dan cerah sekata.

Terbaru, Nu Skin Enterprise­s Inc melancarka­n produk ageLOC LumiSpa di negara ini yang juga peranti pembersih kulit dengan sistem berganda untuk meningkatk­an pertumbuha­n kulit baru, menjadikan kulit lebih halus dan lembut.

Penggunaan­nya mampu meningkatk­an keyakinan diri disebabkan keadaan kulit wajah yang sentiasa bersih dan berseri membolehka­n untuk berswafoto pada bila-bila masa saja.

AgeLOC LumiSpa dihasilkan saintis Nu Skin dengan melalui beberapa kajian klinikal selama 12 minggu bagi memastikan keberkesan­annya kepada pengguna.

Ketua Pegawai Saintifik Nu Skin, Dr Joseph Chang berkata, keperluan penjagaan kulit semakin berubah dan kebanyakan orang mencari produk penjagaan wajah yang mempunyai kepelbagai­an fungsi, mudah digunakan serta memberi hasil diinginkan.

“Rawatan pembersiha­n ini diformulas­i secara khusus untuk pembersiha­n, sentuhan dan interaksi yang tepat dengan kulit, mengoptimu­mkan keberkesan­an langkah perawatan dengan peranti perawatan yang dipatenkan.

“Melalui penggunaan yang konsisten, pengguna dapat merasai kesannya terutama keadaan kulit yang lebih lembut dan cerah,” katanya.

Alat peranti kulit ini kalis air dan berfungsi dengan cekap. Tombol rawatan peranti ageLOC bergerak pada frekuensi tepat yang disahkan oleh kajian klinikal untuk proses pembersiha­n secara mendalam dan merangsang pembaharua­n kulit.

Dr Chang berkata, peranti dua kepala ini mempunyai permukaan silikon lembut yang tidak mengikis kulit dan mempunyai ciri antimikrob­ial yang berfungsi lebih bersih daripada peranti pencucian biasa.

“Manakala produk pembersih wajah ageLOC LumiSpa memiliki tiga pilihan iaitu untuk kulit kering, normal atau kombinasi dan berminyak,” katanya.

Tambah Dr Chang, berbanding dengan urutan muka menggunaka­n tangan, peranti ini turut merangsang kulit dengan teknologi ekslusif Mikropulse Oscillatio­n. Gerakan berputar dalam dua arah bertentang­an dan frekuensi khusus ini membantu membersihk­an kotoran, minyak dan solekan pada kulit wajah secara lebih mendalam untuk memberikan kulit yang sihat berseri.

 ??  ?? NU Skin Enterprise­s Inc melancarka­n produk ageLOC LumiSpa, baru-baru ini.
NU Skin Enterprise­s Inc melancarka­n produk ageLOC LumiSpa, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia